Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Dipna cipta rekod negara baru dalam acara 400 meter wanita

Aug 24, 2017 | 10:43 PM



KUALA LUMPUR: Ratu balapan Singapura, Dipna Lim-Prasad berjaya memungut pingat perak keduanya di temasya Sukan SEA 2017 selepas memenanginya menerusi acara 400 meter wanita di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi.

Pencapaiannya itu menjadi lebih manis lagi setelah beliau berjaya memecahkan rekod nasional yang dicatat Chee Swee Lee sejak 43 tahun lalu sejak Sukan Asia 1974 di Iran, iaitu 55.08 saat.

Pelari berusia 26 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 54.18 saat.

Namun beliau gagal menandingi ketangkasan atlit Vietnam, Nguyen Thi Huyen yang membolot pingat emas dalam masa terpantas 52.48 saat sementara pelari Thailand Supanich Poolkerd merangkul pingat gangsa dengan masa 54.55 saat.

Lim-Prasad yang juga berjaya mempertahankan pingat perak dalam acara lumba lari berpagar 400 meter Selasa lalu berkata beliau telah cuba untuk menenangkan fikirannya sebelum kembali beraksi malam ini.

"Selepas perlumbaan lari berpagar itu, tahap tekanan saya berkurangan dengan ketara. Saya cuba untuk melakukan segalanya agar dapat pulih dan memastikan lutut saya berada pada keadaan yang baik.

"Hari ini, saya tidak pasti apa yang mampu saya lakukan kerana ia bukanlah satu perlumbaan yang mudah.

"Namun seperti yang saya katakan tempoh hari, saya hanya perlu memberitahu diri saya untuk terus berlari sahaja. Saya gembira akhirnya ia membuahkan hasil," kata Lim-Prasad.

Menyentuh tentang rekod 43 tahun yang berjaya dipecahkannya di perlumbaan tersebut, Lim-Prasad berkata rekod tersebut menjadi antara matlamat utamanya di temasya Sukan SEA ini.

"Saya pernah mencuba untuk memecahkan rekod tersebut sepanjang tahun ini. Saya mempunyai beberapa peluang untuk melakukannya sebelum ini.

"Sewaktu Kejohanan Terbuka Thailand Jun lalu, saya hampir memecahkannya namun catatan masa saya hanya lebih 0.02 saat.

"Semestinya untuk memecahkan rekod ini sesuatu yang hebat bagi saya dan saya gembira kerana akhirnya dapat juga impian itu tercapai," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >