Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Kilauan emas perenang negara

Aug 23, 2017 | 10:47 PM



KUALA LUMPUR: Para perenang Singapura membolot lima daripada enam pingat emas yang dipertandingkan dalam hari ketiga aksi renang di Pusat Akuatik Bukit Jalil sebentar tadi.

Selain pingat emas yang dipungut, para perenang negara juga telahmencipta beberapa rekod Sukan SEA baru.

Juara Olimpik Joseph Schooling memulakan 'pesta emas' negara dengan kemenangannya dalam acara kuak kupu-kupu 100 meter memecahkan rekod Sukan SEA baru dengan masa 51.38 saat, mendahului dua perenang dari Indonesia Triady Fauzi Sidiq yang berada di tempat kedua (53.03 saat) dan Glenn Victor Susanto (53.25 saat) di tempat ketiga.

Seorang lagi perenang lelaki negara, Quah Zheng Wen berjaya memperbaiki rekodnya di Sukan SEA iaitu 2 minit 00.55 saat yang dicipta dua tahun lalu dan menggantikannya dengan masa 2 minit 00.09 saat.

Rakan sepasukannya, Francis Yong juga tidak menghampakan selepas memungut pingat perak dengan masa 2 minit 00.49 saat, manakala perenang Indonesia berada di tempat ketiga (2 minit 02.76 saat).

Dua emas negara dalam acara individu, turut disumbangkan srikandi renang, Quah Ting Wen.

Dalam acara 100 meter gaya bebas wanita, beliau mencatatkan masa terpantas baru, 55.74 saat, di hadapan perenang Vietnam, Nguyen Thi Anh Vien (55.76 saat) dan Jasmine Alkhaldi (55.90 saat) dari Filipina di tempat ketiga.

Quah terus menyinar apabila beliau sekali lagi tampil perenang terpantas dalam acara 50 meter kuak kupu-kupu wanita dalam masa 26.83 saat, mengatasi cabaran dari Jenjira Srisa-ard dari Thailand (26.94 saat) dan Jasmine Alkhaldi (27.27 saat).

Beliau menyempurnakan 'hatrik' emasnya malam ini dengan kemenangan bersama kuartet 4x200 meter gaya bebas wanita Singapura.

Kuartet yang terdiri daripada Chrietie Chue, Rachel Tseng dan Quah Jing Wen membolot pingat emas kelima negara malam tadi dengan catatan masa 8 minit 10.41 saat - memecahkan rekod lama iaitu 8 minit 11.75 saat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >