Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA 2017: Pasukan bola jaring tewaskan Brunei 62-37

Aug 14, 2017 | 08:35 PM



PERTAHANAN yang kukuh serta ketepatan yang konsisten dalam menjaringkan bola telah membantu pasukan bola jaring negara untuk menewaskan Brunei 62-37 dalam perlawanan pembukaan bola jaring Sukan SEA ke-29 di Stadium Juara, Bukit Kiara tadi.



Singapura mendahului dalam suku pertama dengan 15-7 namun jurulatih sementara Yeo Mee Hong akui bahawa beberapa anak didikya berasa gementar semasa mula berhadapan dengan pasukan Brunei.



"Pasukan kami telah bermain dengan baik pada suku pertama, walaupun pada mulanya terdapat beberapa pemain yang berasa gementar dan gugup, namun kita masih dapat mengawal kedudukan kami," katanya semasa ditemui media selepas perlawanan tersebut.



Kerjsama pemain pertahanan Nur Aqilah Andin, pemain tengah Nurul Baizura Abdul Razak dan pemain sayap Vanessa Lee juga berjaya menghalang beberapa percubaan pemain Brunei untuk menguasai bola dalam suku pertama dan kedua.



Namun, pasukan Brunei telah meningkatkan prestasi mereka dan menghasilkan jumlah jaringan yang sama dengan pasukan Singapura dalam suku ketiga.



Menurut Mee Hong, lima pemain semasa suku ketiga sebanyak lima pemain baru telah diketengahkan dalam gelanggang dan mereka berasa gugup.



"Brunei telah mengambil kesempatan itu untuk meningkatkan prestasi mereka dan mencabar kami.



"Namun kami berjaya kembali menguasai perlawanan pada suku keempat," katanya.



Gandingan Charmaine Soh dan Zhang Ai Lin, dengan ketepatan mereka menjaringkan bola, membantu pasukan negara untuk mencapai kemenangan di akhir suku keempat.



Ketika ditemui selepas perlawanan, kapten pasukan negara Vanessa Lee berkata bahawa perasaan gementar pada perlawanan pertama memang dijangkakan.



"Memang baik untuk hilangkan perasaan gementar melalui perlawanan pertama.



"Tetapi selepas itu mereka telah menyesuaikan diri dengan baik," ujarnya.



Naib kapten Nurul Baizura Abdul Razak menambah bahawa kini tumpuan mereka adalah untuk berhadapan dengan pasukan Malaysia pada hari Khamis.



Katanya: "Memang ia tidak mudah, tetapi saya berharap kemenangan ini dapat meningkatkan keyakinan pemain kami dalam menentang pasukan Malaysia."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >