Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SUKAN SEA 2017: Pesilat negara mara ke peringkat akhir acara tanding

Aug 28, 2017 | 5:01 PM
Muhammad Shakir menentang pesaing. FOTO: Huang Xiao Long/Sport SG
Muhammad Shakir menentang pesaing. FOTO: Huang Xiao Long/Sport SG -

KUALA LUMPUR: Persembahan cemerlang yang ditampilkan Muhammad Shakir Juanda, Muhammad Nur Alfian Juma'en dan Sheik Farhan Sheik Alau'ddin membantu pesilat negara menempah tempat di peringkat akhir acara tanding yang akan diadakan esok (29 Ogos) di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Muhammad Nur Alfian, mara setelah menewaskan pesilat Thai Pimpirat Tonkhieo 5-0 dalam perlawanan Kelas G (75-80kg) yang membuka separuh akhir acara tanding di Stadium Juara pagi tadi.

Rakan sepasukannya, Muhammad Shakir pula berjaya menumpaskan pesaing tuan rumah, Ahmad Badrirullah Rahmat 4-1 dalam acara tanding Kelas I (85-90 kg) lantas melayakkan diri ke peringkat final acara.

Sheik Farhan pula menewaskan Eko Febrianto dari Indonesia dengan mata 5-0 dalam acara Kelas J(90-95kg).

Namun, pesilat wanita Nurul Suhaila Mohamed Saiful kecundang setelah gagal mengatasi Rewadee Damsri dari Thailand dan tewas 2-3.

Beliau terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.

Peringkat akhir acara tanding akan diadakan di Stadium Juara Bukit Kiara petang esok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg