KUALA LUMPUR: Hadiah hari jadi penembak negara Muhammad Irwan Abdul Rahman tahun ini berupa sebutir pingat perak yang dimenanginya dalam acara menembak senapang angin 10 meter tadi.
Beliau telah mencatatkan 241.8 mata dalam acara yang diadakan di Lapang Sasar Menembak Nasional Subang dan mengakhiri acara tersebut di tempat kedua dengan penembak Indonesia M. Naufal Mahardika yang telah meraih 245.4 mata di tempat pertama.
Napis Tortungpanich dari Thailand terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan markah 222.2.
Semasa ditemui selepas acara tersebut, Muhammad Irwan yang bertanding buat julung-julung kalinya dalam temasya tersebut, berkata:
"Ini merupakan hadiah yang paling berharga yang boleh saya dapati untuk hari jadi saya."
Ikuti laporan lanjut di Berita Harian esok.