Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Sepak takraw wanita Indonesia tarik diri akibat keputusan pengadil

Aug 21, 2017 | 02:18 PM



KUALA LUMPUR: Pasukan sepak takraw wanita Indonesia yang didakwa tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil telah menarik diri dari perlawanan kedua menentang Malaysia yang berlangsung di Stadium Titiwangsa kelmarin.



Ini merupakan kejadian besar pertama yang menjejas temasya Sukan SEA ke-29 yang telah dibuka secara gilang gemilang Sabtu lepas.



Pengadil perlawanan itu, Mohd Radhi Che Mei kemudian mengumumkan bahawa Malaysia memenangi perlawanan tersebut dengan skor 2-0.



Malaysia telah memenangi set pertama 22-20 selepas pertempuran sengit namun apabila Mohd Radhi membuang mata pemain Indonesia, Lena ketika Indonesia mendahului Malaysia dengan skor 16-10, jurulatih Asry Syam bergegas ke gelanggang untuk membantah keputusan tersebut dan kemudiannya mendesak para pemainnya untuk meninggalkan gelanggang.



Melalui video yang tersebar di laman media sosial, pegawai pasukan telah cuba memujuk namun Asry terus membawa pemainnya Dini Mita Sari, Leni, Florensia Cristy, Lena, dan Evana Rahmawati keluar stadium tersebut dengan tergesa-gesa.



Setelah Indonesia menarik diri dari pertandingan, Malaysia bertemu Thailand untuk menentukan pingat emas selepas masing-masing memenangi dua perlawanan.



* Artikel ini telah disemak untuk menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >