Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Shanti kecewa gagal pertahan emas pecut 200 meter

Aug 23, 2017 | 11:29 PM



KUALA LUMPUR: Air mata kekecewaan Shanti Pereira tidak henti mengalir sebaik sahaja acara pecut 200 meter tamat sebentar tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Ratu pecut Singapura itu gagal mempertahankan kejuaraannya dalam acara tersebut setelah didahului atlit Vietnam dan Malaysia.



Beliau telah mencatatkan masa 23.68 saat manakala atlit Malaysia Husniah Zulkifli tamat dengan masa 23.64.



Memungut emas sementara mencatatkan masa terbaik Sukan SEA, atlit Vietnam Le Tu Chinh bergelar juara dengan masa 23.32 saat.



Ditemui selepas perlumbaannya itu, Pereira dengan mata yang berlinang berkata:



"Saya tidak berlumba sepertimana yang dirancangkan hari ini.



"Namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya dalam perjalanan saya ini."



Semasa ditemui tadi, jurulatih pasukan Margaret Oh menilai persembahan Pereira:



"Beliau berlari agak pantas pada permulaan perlumbaan, kerana itu apabila hampir garis penamat beliau semakin penat.



"Juga, beliau ditempatkan di garisan di mana beliau berada di hadapan pelari yang lebih pantas, untuk itu beliau tidak dapat melihat pelari yang lain."



Oh juga menambah bahawa ini pertama kali beliau melihat Pereira begitu tertekan sebelum mana-mana perlumbaan.



"Mungkin beliau berasa takut tidak dapat memberikan persembahan yang baik, untuk itu beliau berasa tertekan.



"Juga semestinya kerana tekanan yang dirasakan dalam mempertahankan kejuaraan," ujarnya.



Beliau juga menambah bahawa kegusaran yang sedang berlaku dalam Persatuan Atletik Singapura buat masa kini juga sedikit sebanyak menjejas persembahan Pereira.



"Saya hanya beritahu Shanti bahawa beliau telah melakukan yang terbaik, dan kini masanya untuk memandang ke hadapan dan meletakkan sasaran bagi perlumbaan seterusnya.



"Jangan fikirkan sangat apa yang sudah berlaku," ujarnya.



Oh juga akui pelari Vietnam, Le Tu Chinh merupakan satu ancaman dalam acara pecut itu.



Seorang lagi atlit Singapura, Kugapriya Chandran, menduduki tempat kelapan dalam acara yang sama setelah mencatatkan masa 25.30 saat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >