Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Sukan

SUKAN SEA 2017: Singapura menang pingat pertama

Aug 17, 2017 | 01:21 PM

Singapura memenangi pingat pertama dalam temasya Sukan SEA ke-29 melalui sukan memanah apabila skuad pemanah negara Ang Han Teng, Alan Lee dan Pang Toh Jin memungut pingat perak dalam acara kompaun lelaki tadi pagi.

Pasukan tersebut tewas di tangan pasukan Malaysia yang terdiri daripada Lee Kin Lip, Juwaidi Mazuki dan Zulfadhli Ruslan 222-228 dalam peringkat akhir acara itu yang diadakan di Pusat Sukan Nasional di Bukit Jalil.

Pasukan Singapura yang secara tidak dijangka dapat meneruskan ke peringkat akhir mengalahkan pasukan Indonesia 226-225 sebelum itu.

Ang, Lee dan Pang mencatatkan mata peribadi terbaik dengan 233 dalam peringkat separuh akhir untuk menyingkirkan pasukan Filipina yang telah mendapat 227.

Dalam acara kompaun pasukan wanita, pasukan Singapura yang terdiri dari Christina Gunawan, Low Luan Eng dan Madeleine Ong tewas 211-226 kepada Vietnam dalam peringkat suku akhir.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian