Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Singapura rangkul tiga lagi emas

Aug 22, 2017 | 10:09 PM



KUALA LUMPUR: Para perenang negara menyambung pencapaian mereka dalam acara renang dengan memungut tiga daripada enam pingat emas yang dipertandingkan di Pusat Akuatik Bukit Jalil sebentar tadi.

Selepas kekecewaannya dalam acara 50 meter kuak lentang lelaki semalam, Quah Zheng Wen akhirnya mencapai pingat emas pertamanya di temasya Sukan SEA 2017.

Beliau mendahului perlumbaan dengan catatan masa 1 minit 57.95 saat. Perenang Malaysia, Faang Der Tia'a berada di belakangnya dengan masa 2 minit 01.04 saat manakala Navaphat Wongcharoen dari Thailand memungut pingat gangsa dengan masa 2 minit 01.06 saat.

Awal sebelum itu, srikandi renang Singapura Roanne Ho berjaya memecahkan rekod Sukan SEA iaitu 31.45 saat yang dicatatnya di Singapura dua tahun lalu.

Pemenang pingat emas itu menamatkan perlumbaan dengan masa 31.29 saat. Seorang lagi wakil Singapura dalam acara itu, Samantha Yeo, menyertai Ho di atas podium di tempat ketiga dengan masa 32.17 saat, sementara perenang Malaysia di tempat kedua dengan masa 31.54 saat.

Acara renang kemuncak yang dinantikan malam tadi, menyaksikan empat wira renang negara - Joseph Schooling, Darren Lim, Danny Yeo dan Quah - memperbaiki rekod mereka di Sukan SEA dengan masa baru 3 minit 17.85 saat.

Malaysia berada di tempat kedua (3:21.79) dan tempat ketiga jatuh kepada Indonesia (3:23.65).

Mengulas tentang pencapaian perenang negara di hari kedua aksi renang, Schooling berkata;

"Kami berasa amat bangga dengan pencapaian ini. Saya hanya cuba untuk membuat yang terbaik untuk meletakkan kami di hadapan.

"Kami juga rasa gembira kerana dapat mencatatkan rekod Sukan SEA baru".

Hari ketiga renang akan berlangsung esok dengan enam lagi acara akan dipertandingkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >