Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN SEA 2017: Skuad hoki padang Malaysia 'tunjuk taring' - baham Singapura 9-1

Aug 26, 2017 | 10:18 PM



KUALA LUMPUR: Skuad hoki padang lelaki Singapura mengalami kekalahan terbesar mereka di temasya Sukan SEA 2017 selepas ditumpaskan Malaysia 9-1 di Stadium Hoki Bukit Jalil malam tadi.

Para pemain negara tidak mampu mengulangi persembahan pusingan akhir mereka ketika menentang Malaysia di Sukan SEA Singapura dua tahun lalu yang menyaksikan kededua pasukan terikat 2-2 selepas tamat perlawanan.

Walau bagaimanapun, rentak permainan serta pergerakan pantas pasukan tuan rumah dalam membuat serangan sebentar tadi terbukti terlalu sukar dan gagal ditandingi pasukan bimbingan K. Rajan.

Malaysia mengawal perlawanan sebaik wisel permulaan ditiup dan terus menguji benteng pertahanan Singapura.

Pasukan seberang tambak yang menduduki tangga ke-12 dalam ranking dunia berjaya menjaringkan tiga gol dalam 10 minit pertama perlawanan.

Gawang Singapura terus dibolosi sebelum kapten pasukan negara, Enrico Elifh Abdul Lathif Marican menjaringkan gol sagu hati pada minit ke-43.

Namun skuad Malaysia kendalian Stephen Van Huizen terus menyebabkan masalah bagi Singapura sebelum menjaringkan gol kesembilan mereka dan terakhir perlawanan pada minit ke-50.

Singapura bakal menentang Thailand esok pada 6 petang bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >