Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SUKAN SEA 2017: Skuad ragbi lelaki dan wanita mula kempen memungut pingat

Aug 19, 2017 | 6:19 PM
ATUR SERANGAN: Skuad lelaki yang diketuai kapten Marah Ishraf (kiri) mengatur gerak serangan ketika menentang Thailand. Foto SportsSG
ATUR SERANGAN: Skuad lelaki yang diketuai kapten Marah Ishraf (kiri) mengatur gerak serangan ketika menentang Thailand. Foto SportsSG -

PERLAWANAN ragbi tujuh sepasuk di Sukan SEA 2017 menyaksikan kededua skuad wanita dan lelaki negara masing-masing mengecap dua kemenangan dan tewas satu perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi.

Skuad wanita memulakan perlawanan mereka dengan menewaskan Malaysia 15-0 sebelum mengalami kekalahan di atas tangan juara bertahan Thailand, 24-10.

Namun mereka enggan membiarkan kekalahan itu menjejas prestasi mereka dan akhirnya menumpaskan Filipina 25-0 di perlawanan terakhir mereka hari ini.

Laluan skuad lelaki di hari pertama ini juga serupa dengan skuad wanita.

Mereka berjaya meraih kemenangan 21-19 ketika menentang Thailand sebelum kecundang 12-10 dengan pasukan tuan rumah, Malaysia yang bermain dihadapan sekitar 6,000 penyokong mereka.

Walau bagaimanapun skuad bimbingan Yazid Rosli akhirnya berjaya menundukkan Indonesia 52-5 bagi menamatkan hari pertama mereka.

Skuad lelaki akan menghadapi cabaran dari juara Filipina dan Cambodia esok, manakala skuad wanita akan bertemu Laos. Pusingan akhir juga bakal diadakan esok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg