Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SUKAN SEA 2017: Teong Zen Wei menang emas dalam penampilan pertama

Aug 25, 2017 | 11:31 PM
Teong Zen Wei mengejutkan dengan emas. FOTO: Andy Chua/SportSG
Teong Zen Wei mengejutkan dengan emas. FOTO: Andy Chua/SportSG -

KUALA LUMPUR: Perenang Singapura Teong Zen Wei meraih emas mengejut dalam Sukan SEA sulungnya malam tadi melalui acara 50 meter kuak bebas.

Teong, 20 tahun mencatatkan masa 22.55 saat lantas menewaskan perenang Indonesia Triady Fauzy Sidiq yang terpaksa berpuas hati dengan perak dengan masa 22.66 saat.

Perenang Vietnam pula meraih gangsa setelah menamatkan perlumbaan pada 22.90 saat.

Teong juga telah mencatatkan masa peribadi terbaiknya, serta hampir memecahkan rekod nasional Joseph Schooling, 22.47.

"Saya amat gembira kerja keras dan latihan yang dilalui semuanya berbaloi.

"Dengan masa yang saya catatkan, saya dapat melayakkan diri ke Sukan Asia 2018. Ini adalah matlamat saya selepas ini," katanya.

Pasukan perenang wanita pula mempertahankan emas mereka dalam acara 4x100 medley relay dengan barisan perenang Hoong En Qi, Samantha Yeo, Quah Jing Wen, adn Quah Ting Wen.

Mereka mencatatkan masa 4 minit 9.32 saat manakala Thailand (4 minit 11.67 saat) dan Indonesia (4 minit 12.44 saat) mendapat perak dan gangsa masing-masing.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg