Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: 7 pingat menanti 7 pesilat S’pura setelah mara ke separuh akhir acara tanding

May 14, 2022 | 07:49 PM



HANOI: Tujuh pesilat tanding Singapura berjaya ke separuh akhir di Hanoi, dengan pasukan silat negara kini dijamin sekurang-kurangnya tujuh pingat gangsa di Sukan SEA Vietnam.



Singapura diwakili dalam sembilan acara tanding di temasya sukan ini.



Di Gimnasium Bac Tu Liem pada Sabtu (14 Mei), juara dunia tiga kali Sheik Farhan Sheik Alau’ddin mengecewakan harapan tuan rumah Nguyen Van Tri dari Vietnam 24-10 dalam suku akhir acara tanding putera kelas J (90-95kg).



Seorang lagi juara dunia, Nurul Suhaila Mohamed Saiful turut meraih kemenangan menentang warga Filipina, Nerlyn Huinda 52-24 dalam suku akhir acara tanding puteri kelas E (65-70kg).



Suhaila, 27 tahun, pernah menang pingat gangsa dalam tiga edisi lalu Sukan SEA - tanding puteri kelas D (60-65kg) pada 2015 serta 2017 dan kelas B (50-55kg) pada 2019.



Muhammad Syakir Jeffry, 20 tahun, dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA, turut berjaya ke separuh akhir acara tanding putera kelas H (80-85kg) selepas mengatasi Pimpirat Tonkhieo dari Thailand 38-31 tengahari ini.



Mereka akan menyertai empat lagi pesilat negara yang sudah menempah tiket ke separuh akhir di Hanoi.



Muhammad Hazim Mohd Yusli dan Abdul Raazaq Abdul Rashid melepasi suku akhir acara masing-masing semalam, sementara Sheik Ferdous Sheik Alau’ddin dan Siti Khadijah Mohd Shahrem mara ke separuh akhir selepas diberikan bai, atau diberi laluan tanpa perlu bertanding pada pusingan pertama. 



Hazim, 20 tahun, akan masuk gelanggang pada 7 malam ini (waktu Singapura) bagi separuh akhir acara tanding putera kelas C (55-60kg) berdepan warga Laos Chansamone Phomsopha. 



Hazim adalah juara dunia pada 2018 dan pemenang pingat emas dalam acara tanding putera kelas B (50-55kg) di Sukan SEA 2019.



Dua muka baru dalam Sukan SEA, Raazaq dan Khadijah, kedua-duanya 20 tahun, masing-masing bersaing dalam acara tanding putera kelas F (70-75kg) dan acara tanding puteri kelas F (70-75kg). Ferdous, 25 tahun, pemenang dua pinga gangsa Sukan SEA, menyertai acara tanding kelas G (75-80kg).



Perlawanan separuh akhir acara tanding lain dijangka berlangsung esok.



Pasukan silat Singapura sudah menggondol empat pingat - satu emas, satu perak dan dua gangsa - daripada acara seni di Hanoi.



Dalam edisi lalu Sukan SEA di Manila, Filipina pada 2019, Singapura membawa pulang lima pingat – dua emas, satu perak dan dua gangsa – daripada lapan acara yang disertai.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheik Alau’ddin Yacoob Marican, sebelum ini memberitahu Berita Harian beliau menjangka pesilat negara mampu meraih tiga pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >