Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sukan SEA: Alfian tidak mengecewakan apabila menang emas tunggal silat negara di Sukan SEA ini

Jun 14, 2015 | 6:08 PM
PELIHARA IMPIAN: Nur Alfian memelihara impian meraih emas di depan penyokong sendiri selepas mengatasi lawannya di separuh akhir semalam. - Foto KHALID BABA
PELIHARA IMPIAN: Nur Alfian memelihara impian meraih emas di depan penyokong sendiri selepas mengatasi lawannya di separuh akhir semalam. - Foto KHALID BABA -

Jaguh silat, Muhammad Nur Alfian Juma'en, tidak mengecewakan apabila memenangi pingat emas tunggal pasukan silat negara di Sukan SEA ini.

Alfian menyajikan persembahan cemerlang untuk menewaskan seterunya dari Vietnam, Tran Dinh Nam, dalam final Kelas F (65-70kg) yang berakhir di Dewan 2 Singapore Expo sebentar tadi (14 Jun).

Kejayaan itu turut melihat Alfian mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Sukan SEA Myanmar dua tahun lalu, di samping menebus kekalahan kepada lawannya itu di suku akhir Kejohaan Pencak Silat Dunia awal tahun ini.

Kemenangan itu lebih manis selepas melihat satu demi satu rakannya, termasuk juara dunia, Sheik Farhan Sheik Alau'ddin, tumbang di peringkat separuh akhir pertandingan ini pada hari sebelumnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg