Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sukan SEA: Bola sepak wanita S'pura terkandas di pusingan kumpulan, kutip 3 mata dalam penampilan pertama sejak 2003

May 15, 2022 | 8:44 PM
Pasukan wanita Singa, pada Jumaat lalu, mencipta detik bersejarah apabila mencatat kemenangan pertama mereka dalam Sukan SEA sejak 1985.
Pasukan wanita Singa, pada Jumaat lalu, mencipta detik bersejarah apabila mencatat kemenangan pertama mereka dalam Sukan SEA sejak 1985. - - Foto SPORT SINGAPORE

Dari Hanoi

PERJUANGAN pasukan wanita bola sepak Singapura untuk terus mencipta sejarah dalam Sukan SEA terhenti pada Ahad (15 Mei).

Ini selepas Singapura, pasukan nombor 135 dunia, tumpas di tangan Myanmar 0-1 dalam perlawanan kumpulan terakhir mereka di Stadium Cam Pha di Quagn Ninh, Vietnam.

Namun, persembahan pasukan negara petang ini boleh dibanggakan menentang Myanmar, yang menghuni tangga ranking ke-45 dunia.

Singapura mampu menahan Myanmar untuk sebahagian besar perlawanan, sehingga gol saat-saat akhir penyerang Win Theigi Tun pada minit ke-94 memberikan Myanmar kemenangan kedua mereka di temasya sukan ini.

Kekalahan itu bermakna Singapura mengakhiri kempen mereka dengan tiga mata daripada tiga perlawanan, di belakang Myanmar (enam mata) dan Thailand (empat mata), yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Thailand akan menentang Laos malam ini.

Pasukan wanita Singa, pada Jumaat lalu, mencipta detik bersejarah apabila mencatat kemenangan pertama mereka dalam Sukan SEA sejak 1985.

Mereka menang tipis 1-0 ke atas Laos hasil sumbangan gol Nur Izzati Rosni pada minit ke-94.

Singapura sebelum itu tewas kepada Thailand 0-3 dalam perlawanan pembukaan.

Sukan SEA Vietnam adalah penampilan pertama pasukan bola sepak wanita Singapura dalam temasya sukan dwitahunan itu sejak 2003.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg