Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: E-sukan Fifa S’pura kurang menyerlah, dapat tempat keempat

May 15, 2022 | 07:01 PM



Dari Hanoi



WAKIL e-sukan negara dalam permainan video bola sepak, Fifa gagal dalam misi mereka untuk merangkul pingat di Sukan SEA.



Pasukan yang merangkumi empat pemain terpilih negara Muhammad Syakir Abdul Rauf, Ahmad Sufian Rahamad, Amraan Gani Musa Bakar dan Yeo Jia Hui Joseph tewas dengan negara jiran Malaysia 2-3 di peringkat separuh akhir di Pusat Konvensyen Nasional Vietnam di Hanoi petang tadi.



Keputusan itu bermakna mereka tersingkir dan hanya mampu berada di tempat keempat di dalam acara itu.



Permainan video Fifa itu juga adalah pertama dimainkan di temasya itu dan seramai 31 atlet e-sukan negara bertanding dalam tiga jenis sukan termasuk permainan Mobile Legends dan League of Legends.



Dalam Sukan SEA di Manila, Filipina, pada 2019, Singapura berjaya merangkul pingat perak menerusi Thomas Kopankiewicz dalam permainan Starcraft II dan pingat gangsa menerusi Chew Khai Kiat dalam permainan Hearthstone.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >