IMPIAN pasukan bowling Singapura menambah pingat emas pada 12 Jun tidak kesampaian apabila kededua pasukan lelaki dan wanita gagal mendapat emas dalam acara lima sepasukan..
Acara di Orchid Country Club itu tamat dengan kemenenangan berpihak kepada pasukan wanita dan lelaki Malaysia; yang menjatuhkan sebanyak 6,067 dan 6,238 pin.
Walau pasukan wanita mendahului Malaysia di permulaan acara, mereka gagal mempertahankan kedudukan di tempat pertama dalam blok kedua.
Malaysia akhirnya mengekalkan jurang 55 markah di akhir pertandingan; dengan pasukan wanita terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Pasukan bowling lelaki pula mendapat tempat keempat acara tersebut dengan jatuhan pin 5713.
Jurulatih Remy Ong berkata beliau gembira dengan aksi kededua pasukan, walau mereka gagal meraih pingat emas.
"Saya bangga dengan kededua pasukan, namun kami seharusnya mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia dan bersikap lebih optimistik untuk perlawanan seterusnya," ujar beliau.
Aksi bowling diteruskan dengan acara Masters, juga di Orchid Country Club, pada 13 Jun.