Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Hazim ke final, Nurul Suhaila dan Atiq Syazwani raih gangsa

Dec 04, 2019 | 05:34 PM



PERWIRA negara Muhammad Hazim Mohd Yusli menjadi satu-satunya pemegang obor untuk meraih satu lagi emas bagi pasukan silat Singapura.



Ini selepas belia berusia 17 tahun itu berjaya mengalahkan pesaing Indonesia Hidayat Limonu 4-1 di Pusat Pameran dan Konvensyen Subic Bay di Subic, petang ini (4 Disember).



Muhammad Hazim akan bertemu pesilat Vietnam Nguyen Dinh Tuan dalam perlawanan akhir Jumaat ini (6 Disember).



Sementara itu, srikandi negara Nurul Suhaila Mohd Saiful dan Atiq Syazwani Roslan kecundang di tangan lawan masing-masing dalam perlawanan separuh akhir acara tanding kelas ‘B’ dan ‘A’ puteri.



Nurul Suhaila, pemenang pingat gangsa dalam acara tanding kelas ‘D’ puteri di Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, kalah 0-5 di tangan Tran Thi Them dari Vietnam.



Atiq Syazwani pula, yang meraih pingat perak di edisi temasya sukan lalu, tewas 1-4 kepada pesilat dari Indonesia Suci Wulandari.



Mereka membawa pulang pingat gangsa di sukan temasya ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >