Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sukan Sea ke-30 bermula

Nov 30, 2019 | 9:25 PM
c9621268-9760-4269-a68b-e0d7f2f10f09
- REUTERS

MANILA: Persiapannya dirundung masalah, tetapi Filipina bangkit dan membuka Sukan SEA ke-30 dengan penuh gah semalam.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan temasya dwitahunan itu bermula secara rasmi, kemuncak acara pembukaan penuh warna-warni di Arena Filipina di Wilayah Bulacan.

Turut hadir menyaksikan acara pembukaan itu ialah Presiden Majlis Olimpik Nasional Singapura (SNOC), Encik Tan Chuan- Jin, dan Sultan Brunei Hassanal Bolkiah.

Mengibarkan bendera Singapura dengan megah di perbarisan atlit ialah juara skuash negara dan pemenang lima pingat Sukan SEA, Samuel Kang, yang diringi chef de mission kontinjen Singapura, Cik Juliana Seow, dan sekitar 50 atlit dan kakitangan sokongan daripada sukan sepak takraw, skuash dan hoki ais.

Singapura menghantar kontinjen 666 atlit - rombongan terbesar bagi Sukan Sea yang diadakan di luar Singapura. Sejumlah 5,500 atlit dari 11 negara akan bersaing bagi 530 pingat emas daripada 56 acara.

Ini merupakan kali keempat Filipina menjadi tuan rumah Sukan SEA, dengan edisi tahun ini berlangsung sehingga 11 Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg