Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA Kemboja: S'pura kutip emas pertama bagi balapan; kongsi kemenangan dengan Thailand

May 10, 2023 | 10:48 PM



SINGAPURA berjaya menamatkan kemarau emas dalam acara balapan 110 meter lelaki bagi Sukan SEA setelah atlet balapan negara Ang Chen Xiang berkongsi tempat pertama dengan Natthaphon Dansungnoen dari Thailand pada Rabu.



Ini kali pertama pingat emas dikongsi bersama dalam acara tersebut di Sukan SEA Kemboja.



Dalam peringkat akhir acara tersebut di Stadium Morodok Techo, kedua-dua atlet masing-masing melangkah garisan penamat dengan catatan masa 13.831 saat.



Ang sekali gus berjaya memecahkan rekod negara 13.94 saat yang dicatatkan pada April 2023 dalam Kejuaraan Balapan dan Padang Terbuka Singapura - ia juga merupakan rekod kebangsaan ke-12 baginya.



Kali terakhir Singapura memenangi acara balapan lelaki 110 meter adalah pada 1967 oleh Osman Merican.



Karyawan jagaan kesihatan 'resident paediatric' di Hospital Universiti Nasional (NUH) berusia 29 tahun itu berkata:



“Saya gembira dengan prestasi saya. Saya dan jurulatih melihatnya dari aspek pelaksanaan teknik. Saya gembira dengan pelaksanaan teknik (hari ini).



"Sudah tentu memenangi emas pertama (bagi acara ini) setelah sekian lama adalah sesuatu yang istimewa."



Keputusan berupa perkongsian pingat emas ini hanya diketahui Ang selepas satu rayuan dikemukakan oleh Persatuan Olahraga Singapura (SAA).



Keputusan rasmi awal yang dipaparkan pada papan markah selepas perlumbaan menunjukkan Natthaphon menang dengan perbezaan 0.002 saat dan Ang berada di tempat kedua.



Tetapi setelah rayuan tersebut dinilai oleh juri rayuan, didapati bahawa kedua-dua atlet melangkah garisan perlumbaan pada masa yang sama.



“Saya sebenarnya tidak tahu bahawa satu bantahan telah dikemukakan.



“Namun tidak kira kedudukan, saya tetap gembira dengan masa yang saya catatkan,” ujarnya.



Pada edisi Sukan SEA sebelum ini, Ang merangkul pingat perak di belakang Clinton Bautista dari Filipina, yang menamatkan acara kali ini di tempat keempat.



Acara berpasukan 4 x 100 meter lelaki yang dianggotai Mark Lee, Joshua Chua, Xander Ho dan Marc Brian Louis juga berjaya meraih pingat gangsa yang dikongsi bersama Malaysia.



Mereka mencatatkan masa 39.36 saat, tidak jauh dari rekod kebangsaan 39.24 saat.



Dalam acara berpasukan 4 x 100 meter wanita pula, srikandi pecut negara yang dianggotai Shanti Pereira, Elizabeth-Ann Tan, Enrique Roxanne Rose dan Clara Goh meraih tempat keempat dengan catatan masa 45.16 saat.



Sehingga 10 malam waktu Singapura, kontinjen negara meraih 74 pingat - 26 emas, 23 perak dan 25 gangsa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >