Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Lewat enam bulan…Vietnam akhirnya buka medan saingan

May 12, 2022 | 10:56 PM



HANOI: Setelah ditunda enam bulan dek pandemik Covid-19, medan persaingan edisi ke-31 Sukan SEA, yang asalnya dijadual Disember tahun lalu, akhirnya dibuka dengan penuh gemilang di ibu kota Vietnam, Hanoi pada malam Khamis (12 Mei).



Di Stadium Nasional My Dinh, yang dihadiri sekitar 20,000 penonton, malam ini, Presiden Vietnam, Encik Nguyen Xuan Phuc merasmikan pembukaan temasya sukan itu.



Majlis pembukaan Sukan SEA 2021, yang berlangsung selama dua jam, mengetengahkan budaya Vietnam serta identiti budaya negara Asia Tenggara lain, bertujuan mengukuhkan persahabatan dan perpaduan serantau. 



Membawa tema “For a Stronger South East Asia” atau Untuk Asia Tenggara yang Lebih Teguh, edisi Sukan SEA Vietnam mempertaruhkan lebih 500 pingat emas daripada 40 sukan dan menarik penyertaan sekitar 10,000 atlet.



Temasya sukan itu, yang disertai 11 negara Asia Tenggara, menampilkan sukan tradisi Olimpik termasuk atletik, renang dan tinju, selain sukan rantau ini seperti sepak takraw.



Sukan popular tempatan, iaitu seni mempertahan diri Vietnam, vovinam, dan xiangqi, atau catur Cina, juga dipertandingkan dalam edisi kali ini.



Ini merupakan kali kedua Vietnam menjadi tuan rumah Sukan SEA sejak penampilan pertamanya pada 2003.



Bendera Singapura malam ini dibawa oleh pesilat negara dan juara dunia tiga kali, Sheik Farhan Sheik Alau’ddin, dengan beliau diiringi ‘cef-de-mission’ (CDM), S. Sinnathurai dan penolong CDM, Asmah Hanim. 



Seramai 31 pegawai dan atlet Team Singapore berarak di majlis pembukaan itu. 



Mereka terdiri daripada wakil negara dalam sukan atletik, memanah, billiard, e-sukan, jujitsu dan silat.



Di edisi temasya sukan kali ini, kontinjen Singapura dianggotai 427 atlet dalam 33 cabang sukan.



Daripada jumlah itu, lebih separuh, atau 243 atlet negara, bakal diperkenalkan kepada pentas sukan berprestij rantau ini buat julung-julung kalinya.



Sejauh ini, Singapura sudah menggondol lapan pingat - satu emas, empat perak dan tiga gangsa.



Pingat emas sulung negara dimenangi pesilat Muhammad Iqbal Abdul Rahman dalam seni tunggal putera, dengan silat juga menyumbang satu pingat perak dan dua gangsa dalam acara seni lain.



Atlet terjun indah Singapura turut cemerlang meraih tiga pingat perak dan satu gangsa.



Pada edisi lalu di Filipina pada 2019, Singapura menghantar kontinjen terbesarnya seramai 659 atlet yang bertanding dalam 48 sukan. Mereka membawa pulang 53 pingat emas, 46 perak dan 68 gangsa.



Pungutan 84 emas, 73 perak dan 102 gangsa di Sukan SEA 2015 di laman sendiri kekal menjadi persembahan terbaik negara, sementara edisi 2017 di Kuala Lumpur (58 emas, 59 perak dan 71 gangsa) adalah persembahan luar negara terbaik Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >