Topic followed successfully
Go to BHkuSukan SEA: Loh Kean Yew berjaya ke final; Badminton S'pura bolot 3 lagi gangsa
Sukan SEA: Loh Kean Yew berjaya ke final; Badminton S'pura bolot 3 lagi gangsa
Sukan SEA: Loh Kean Yew berjaya ke final; Badminton S'pura bolot 3 lagi gangsa
Dari Hanoi
SINGAPURA dijamin sekurang-kurangnya pingat perak menerusi acara perseorangan lelaki selepas juara dunia Loh Kean Yew berjaya melayakkan diri ke final pada Sabtu (21 Mei).
Pemain nombor 10 dunia itu menewaskan harapan tuan rumah dan pemain nombor satu Vietnam, Nguyen Tien Minh 21-15, 10-21, 23-21 dalam separuh akhir di Gimnasium Bac Giang pada petang ini.
Loh, 24 tahun, sudah menggondol pingat perak di edisi Filipina pada 2019 dan gangsa pada 2015 di laman sendiri bagi acara itu.
Beliau akan sasar untuk merangkul pingat emas pertama negara dalam acara tersebut sejak 1983, iaitu hasil kemenangan Wong Shoon Keat.
Perlawanan akhir akan berlangsung esok.
Sementara itu, Singapura turut membolot tiga pingat gangsa hari ini.
Pasangan beregu wanita Singapura, Bernice Lim dan Insyirah Khan, yang digandingkan buat pertama kali di temasya sukan ini, tewas kepada Apriyani Rahayu, pemenang pingat emas Sukan Olimpik, dan Siti Fadia Silva Ramadhanti, dari Indonesia, 10-21, 7-21, dalam separuh akhir.
Jasoh Teh kemudian jatuh di tangan warga Thailand, 11-21, 12-21, dalam separuh akhir acara perseorangan lelaki untuk meraih gangsa kedua negara.
Terry Hee dan Loh Kean Hean turut mengalami nasib serupa dan terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas gagal mengatasi pasangan Indonesia, Pramudya Kusumawardana dan Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan.
Saingan sengit antara kedua-dua negara dalam separuh akhir acara beregu lelaki itu dimainkan hingga ke pusingan ketiga iaitu penentu, dengan Indonesia muncul pemenang 15-21, 21-17, 21-19.
Singapura sebelumnya telah memungut dua gangsa untuk acara berpasukan lelaki dan wanita dalam Sukan SEA ini.
