Topik diikuti
Pergi ke BHkuSukan SEA: Pasukan wanita S'pura berjaya ke suku akhir Floorball

Sukan SEA: Pasukan wanita S'pura berjaya ke suku akhir Floorball
PASUKAN wanita floorball Singapura tidak mengecewakan apabila mereka mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas pesaing utama Malaysia dan berjaya mara ke peringkat suku akhir dalam acara Floorball Sukan SEA.
Jaringan gol pertama didahului Lai Soak Kuan hanya 50 saat setelah perlawanan bermula, diikuti dengan dua jaringan oleh Ong Hui Hui pada bahagian kedua dan ketiga.
Jill Quek menjaringkan gol keempat pada minit kesembilan bahagian ketiga diikuti jaringan Laura Tan pada minit ke-13.
Walaupun floorball dianggap sebagai 'muka baru' dalam Sukan SEA, ramai yang telah menaruh harapan supaya mereka berjaya menambah pingat emas Team Singapore.