Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sukan SEA: Pelari pecut S'pura Shanti menang emas, pecah rekod larian pecut 200m wanita

May 14, 2022 | 6:11 PM
Shanti menang pingat emas dalam acara larian pecut 200 meter wanita di Sukan SEA Vietnam pada 14 Mei.
Shanti menang pingat emas dalam acara larian pecut 200 meter wanita di Sukan SEA Vietnam pada 14 Mei. - - Foto SPORT SINGAPORE/JEREMY LEE

Dari Hanoi

HANOI: Ratu lari pecut Singapura Shanti Pereira mencipta sejarah sekali lagi selepas tujuh tahun apabila memecah rekod larian pecut 200 meter wanita, yang dipegangnya, di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam pada Sabtu (14 Mei).

Shanti, 25 tahun, mencatat masa 23.52 saat untuk mengatasi dua adik-beradik kembar dari Filipina, Kyla Ashley Richardson (23.56 saat) dan Kayla Anise Richardson (23.87 saat).

Kemenangan itu lebih manis buat Shanti, yang bukan hanya mengulangi persembahan pingat emasnya di Sukan SEA 2015 di Singapura, tetapi juga memecah rekod nasional, 23.60 saat, yang dicatat beliau.

Dalam dua edisi lalu Sukan SEA - pada 2017 di Kuala Lumpur dan pada 2019 di Filipina - beliau hanya mampu menang pingat gangsa.

Beliau akan kembali berlumba pada 18 Mei untuk acara 100 meter larian pecut wanita, yang mana menang pingat gangsa dalam tiga edisi Sukan SEA sebelumnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg