Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Peninju tendang S’pura Nazri Sutari terkandas di suku akhir

May 09, 2022 | 09:19 PM



BAC NINH - Perjuangan atlet seni mempertahankan diri Singapura Nazri Sutari untuk memburu pingat emas dalam tinju tendang di Sukan SEA terkandas di perlawanan pertamanya. 



Nazri, 31 tahun tewas kepada Chhoeung Lvay dari Kemboja 1-2 dalam perlawanan suku akhir acara tendang rendah bawah 71kg di Gimnasium Bac Ninh di Bac Ninh, Vietnam pada Isnin (9 Mei).



Nazri adalah wakil pertama Singapura dan yang satu-satunya untuk bersaing dalam tinju tendang di Sukan SEA ini.



Di edisi temasya 2019 di Filipina, beliau memenangi pingat emas sulung negara dalam sambo ketika muncul juara dalam acara kombat sambo bawah 82kg lelaki. 



Dengan kekecewaan malam ini, Nazri akan pulang ke tanah air sebelum berangkat ke Budapest, Hungary bagi Piala Sedunia Tinju Tendang Hungary 2022 pada 2 hingga 5 Jun ini. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >