Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sukan SEA: Pesilat Nurul Suhaila akhirnya genggam emas

May 16, 2022 | 2:44 PM
Suhaila meraikan kemenangan pingat emas pertamanya dalam Sukan SEA.
Suhaila meraikan kemenangan pingat emas pertamanya dalam Sukan SEA. - ZULAIQAH ABDUL RAHIM

Juara dunia Nurul Suhaila Mohamed Saiful akhirnya meraih pingat emas pertama setelah empat penampilannya di Sukan SEA.

Di Gimnasium Bac Tu Liem di Hanoi, Vietnam pagi Isnin (16 Mei), Suhaila, 27 tahun, menewaskan Siti Shazwana Ajak dari Malaysia 30-22 dalam final acara tanding puteri kelas E (65-70kg).

Kemenangan pingat emas itu merupakan prestasinya yang terbaik berbanding tiga penyertaannya yang lalu dalam Sukan SEA.

Sebelum ini, Suhaila merangkul tiga pingat gangsa dalam acara tanding puteri kelas D (60-65kg) pada 2015 serta 2017 dan kelas B (50-55kg) pada 2019.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg