Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sukan SEA: Pesilat S'pura Hazim ke final sekali lagi

May 14, 2022 | 8:05 PM
Muhammad Hazim Mohd Yusli menumpaskan warga Laos Chansamone Phomsopha melalui tewas teknik atau 'technical knockout' (TKO).
Muhammad Hazim Mohd Yusli menumpaskan warga Laos Chansamone Phomsopha melalui tewas teknik atau 'technical knockout' (TKO). - - Foto SPORT SINGAPORE/STANLEY CHEAH

Dari Hanoi

PESILAT Singapura Muhammad Hazim Mohd Yusli berjaya ke final dalam dua penampilan berturut-turutnya di Sukan SEA.

Di Gimnasium Bac Tu Liem di Hanoi Vietnam pada malam Sabtu (14 Mei), juara dunia berusia 20 tahun itu menumpaskan warga Laos Chansamone Phomsopha melalui tewas teknik atau 'technical knockout' (TKO) dalam separuh akhir acara tanding putera kelas C (55-60kg).

Hazim melayakkan diri ke final lusa, di mana beliau bakal berdepan Muhamad Yachser Arafa dari Indonesia.

Dalam penampilan pertamanya dalam Sukan SEA 2019 di Filipina, Hazim menjuarai acara tanding putera kelas B (50-55kg).

Enam lagi pesilat negara sasar mengikuti jejak Hazim di final apabila mereka bersaing dalam separuh akhir esok.

Pasukan silat Singapura sudah menggondol empat pingat - satu emas, satu perak dan dua gangsa - daripada acara seni di Hanoi.

Dalam edisi lalu Sukan SEA di Manila, Filipina pada 2019, Singapura membawa pulang lima pingat - dua emas, satu perak dan dua gangsa - daripada lapan acara yang disertai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg