Topik diikuti
Pergi ke BHkuSukan SEA: Lawan pedang raih pingat emas ketiga
Sukan SEA: Lawan pedang raih pingat emas ketiga
Sukan SEA: Lawan pedang raih pingat emas ketiga
Pasukan lawan pedang wanita Singapura raih pingat emas selepas mengalahkan Vietnam. FOTO: MARK CHEONG -
Dec 6, 2019 | 3:22 PM
MANILA - Lawan pedang Singapura memenangi pingat ketiga mereka di Sukan SEA ke-30.
Kuartet pasukan lawan pedang foil wanita Singapura Amita Berthier, Maxine Wong, Titiana Wong dan Denyse Chan mengalahkan Vietnam 45-29 untuk meraih pingat emas dalam acara lawan pedang berpasukan foil wanita petang ini (6 Disember).
Di Pusat Dagangan Dunia sebelum ini, Singapura telah memenangi pingat emas dalam acara lawan pedang foil wanita menerusi Amita Berthier pada Selasa lalu.
Kelmarin, Kiria Tikanah Abdul Rahman dinobat juara dalam acara lawan pedang epee wanita.