Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Silap wira badminton S'pura jejas harapan emas

Dec 09, 2019 | 08:11 PM





MANILA - Kesilapan sendiri menghalang atlit badminton negara Loh Kean Yew daripada meraih kesudahan manis dalam acara perseorangan lelaki di Sukan SEA petang ini. (9 Disember).



Loh, 22 tahun, tewas di tangan pemain pilihan nombor dua dalam kejohanan, Lee Zii Jia dari Malaysia 0-2 (18-21,18-21) dan terpaksa berpuas hati meraih pingat perak di Kompleks Sukan Muntinlupa di Manila.



Lee, pemain nombor 14 dunia, mendahului keadaan sepanjang set pertama.



Loh, yang tampak gementar di awalnya, meskipun mampu merapatkan jurang mata beberapa kali dalam set itu.



Namun, kesilapan di depan jaring dan salah mengagak posisi tangkis pemain di ranking ke-30 dunia itu memberikan Lee, 21 tahun, kemenangan 21-18 di set pertama.



Atlit Singapura itu memulakan set kedua dengan penuh keyakinan mendahului keadaan 11-6 pada separuh pertama set itu.



Namun, sekali lagi, sikap Loh yang melakukan rembatan secara tergesa-gesa menghadiahkan lawan mata ‘percuma’.



Lee, 21 tahun, mengambil kesempatan lantas merampas kedudukan Loh untuk memenangi dua set berturut-turut dan sekaligus dinobat juara di temasya sukan ini.



Ini kekalahan kali ketiga Loh di tangan Lee dalam tempoh dua bulan ini.



Meskipun kecundang, Loh menjadi finalis lelaki pertama negara untuk melangkah ke perlawanan akhir sejak Kendrick Lee pada 2017 di Korat, Thailand.



Lee namun tewas di tangan juara Olimpik Indonesia Taufik Hidayat.



Kali terakhir Singapura memenangi pingat emas dalam acara perseorangan lelaki di Sukan SEA ialah melalui kejuaraan Wong Shoon Keat pada 1983 di padang sendiri.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >