Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Silat S’pura raih 2 pingat gangsa, buru 2 lagi pingat di final acara seni

May 10, 2022 | 10:16 PM



HANOI: Pasukan silat Singapura telah meraih pingat pertamanya dalam Sukan SEA Vietnam pada Selasa (10 Mei), setelah pasukan ganda puteri dan regu puteri tewas dalam separuh akhir untuk merangkul pingat gangsa di Gimnasium Bac Tu Liem dekat Hanoi.



Singapura akan dapat menambah pungutan pingat mereka apabila diwakili dalam dua final acara seni pada Rabu ini. 



Dalam final itu, Singapura dijamin sekurang-kurangnya dua pingat perak atau emas.



Muhammad Iqbal Abdul Rahman adalah pesilat pertama Singapura untuk menempah tiket ke final petang ini. 



Iqbal, 28 tahun, mencatat 9.960 mata menentang warga Brunei, Muhd Ali Saifullah Abdullah Md Suhaimi (9.930 mata) dalam separuh akhir seni tunggal putera, selepas berjaya melepasi pusingan penyingkiran awal sebelum itu.



Juara dunia 2018 itu berpeluang mengulangi atau memperbaiki persembahan pingat peraknya di Sukan SEA 2019. Beliau akan bertemu Ilyas Sadara dari Thailand dalam final.



Pasangan adik-beradik Muhammad Haziq Mohd Zaque dan Muhammad Hazim Mohd Zaque turut ke final dalam penampilan sulung mereka di temasya sukan itu.



Persembahan duo itu mendapat 9.910 mata, cukup untuk ke pusingan seterusnya selepas lawan mereka dari Thailand tersingkir dek senjata yang patah semasa persembahan.



Singapura akan bertemu Malaysia dalam final seni ganda putera esok. 



Pasangan seni ganda puteri negara, Nur Azlyana Ismail dan Sharifah Shazza Samsuri, pula kalah di pusingan separuh akhir dan terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa. Mereka meraih 9.860 mata dan gagal mengatasi pesaing Indonesia (9.915 mata).  



Iffah Batrisyia Noh, Amirah Sahrin & Nur Ashikin Zulkifli, yang membentuk pasukan regu puteri negara, juga tidak pulang dengan tangan kosong.



Trio itu, yang kali pertama beraksi di Sukan SEA, meraih pingat gangsa selepas tumpas kepada Vietnam dalam separuh akhir.



Pasukan tuan rumah menang dengan pungutan 9.960 mata, berbalas 9.930.



Selain itu, Singapura gagal mempertahankan pingat emas mereka dalam seni regu putera.



Pasukan negara, yang terdiri daripada Iqbal, Muhammad Nazrul Mohd Kamal dan Muhammadinil Mustafar Mohd Isa, tewas di pusingan pertama kepada Thailand. 



Thailand meraih 9.960 mata untuk menumpaskan Singapura (9.915 mata).



Pada edisi temasya 2019 di Filipina, Nazrul bersama Hamillatu Arash Juffrie dan Nujaid Hasif Zainal Abidin dinobat juara dalam acara itu.



Siti Nazurah Mohd Yusoff juga terkandas di pusingan penyingkiran ketika penampilan sulungnya dalam seni tunggal puteri di Sukan SEA dicemar oleh rutin yang kurang kemas. Beliau dikenakan penalti 0.50 mata kerana senjatanya jatuh semasa persembahan.



Nazurah, 21 tahun, yang pernah bersaing dalam regu puteri di Sukan Asia dan Kejohanan Pencak Silat Sedunia pada 2018, hanya mampu meraih 9.420 mata dan gagal mengatasi Poukky Salerembubpha dari Laos (9.900 mata). 



Semua final acara seni akan diadakan tengahari esok. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >