Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:56
Isyak
8:11

Sukan SEA: Singa dibelasah 0-5 oleh Thai

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Sukan
30
0

Sukan SEA: Singa dibelasah 0-5 oleh Thai

May 09, 2022 | 10:13 PM

PASUKAN Singa Muda sekali lagi kurang memuaskan dalam kempen bola sepak Sukan SEA mereka apabila tumpas 0-5 kepada Thailand di dalam satu perlawanan Kumpulan B di Stadium Thien Truong, Nam Dinh malam tadi.

Kekalahan itu bermakna Singapura perlu menang dalam perlawanan mereka menentang Cambodia Rabu ini (11 Mei) jika ingin berpeluang untuk layak ke pusingan separuh akhir temasya itu.

Meskipun Singapura membuat permulaan yang baik, ianya berubah apabila pemain pertahanan Syahrul Sazali menjatuhkan Ben Davis di kotak penalti sebelum separuh masa pertama berakhir.

Ben Davis menyempurnakan penalti yang diberikannya itu untuk menjaringkan gol pertama dalam perlawanan itu.

Thailand merancakkan tempo serangan pada separuh masa kedua dan bek Singa dihukum apabila tidak dapat mengawal bola di dalam kotak penalti sehingga percubaan mereka terkena Harhys Stewart dan bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke-48.

Pemain sayap Chiangmai United, Ekanit Panya menjaringkan gol ketiga Thailand dengan percubaan jarak dekat pada minit ke-51.

Ekanit menambah jaringannya apabila rembatan baik beliau di dalam kotak penalti pada minit ke-66 gagal diselamatkan kapten dan penjaga gawang Singa, Zaiful Nizam.

Gol terakhir Thai disumbang oleh penyerang Korawich Tasa pada minit ke-81.

Dalam perlawanan lain, Cambodia berjaya menewaskan Laos 4-1 untuk mendapatkan tiga mata pertama mereka di dalam kumpulan B itu.

Skuad Singa juga akan berdepan dengan musuh tradisi Malaysia pada Sabtu, 14 Mei ini. Sebelum ini, Malaysia berjaya menewaskan Thailand secara mengejut 2-1 Sabtu lalu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3