Topik diikuti
Pergi ke BHkuSukan SEA: Singa Muda mula buru impian emas...
Premium
Sukan SEA: Singa Muda mula buru impian emas...
Sukan SEA: Singa Muda mula buru impian emas...
PIKUL HARAPAN NEGARA: Tiga pemain muda Singapura (dari kiri), Muhaimin Suhaimi, Ammirul Emmran dan Taufik Suparno, membasahkan tekak semasa sesi latihan menjelang pertemuan dengan Myanmar hari ini. - Foto FAKHRURADZI ISMAIL -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 14, 2017 | 5:30 AM
DARI KUALA LUMPUR: TEMASYA Sukan SEA Ke-29 akan hanya dirasmikan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini tetapi segala tumpuan kini pada skuad Bawah 22 Tahun (U22) Singapura yang akan memulakan impian memburu pingat emas bola sepak hari ini - sesuatu yang belum pernah dicapai Singapura sejak temasya sukan ini bermula pada 1959.
Pasukan Singa Muda bimbingan jurulatih Richard Tardy akan membuka saingan Kumpulan A dengan menentang Myanmar di Stadium Selayang mulai 4 petang ini.
