Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Singa Muda tutup tirai dengan kemenangan, tewaskan Brunei 7-0

Dec 05, 2019 | 08:04 PM



 



 



MANILA - Singa Muda menebus sedikit maruah yang hilang selepas ia menjaringkan tujuh gol  untuk membelasah Brunei 7-0 dalam perlawanan kumpulan terakhir di Stadium Memorial Rizal, Manila, malam ini (5 Disember).



Anak didik Fandi Ahmad telah tersingkir dari pertandingan bola sepak bawah 22 tahun itu  selepas hanya meraih satu mata dalam empat perlawanan pertama. Ia juga gagal menjaringkan sebarang gol.



Walau terlambat, pemain Singapura tetap bangkit untuk memastikan mereka pulang dengan rekod satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan. 



Fandi membuat dua perubahan kepada barisan kesebelasan utamanya bagi perlawanan ini.



Hami Syahin, yang digantung dan tidak dapat beraksi dalam perlawanan dengan Vietnam Selasa lalu, kembali beraksi.



Kenji Asyraf pula menggantikan Zharfan Rohaizad di gawang Singapura.



Singa Muda memulakan perlawanan penuh tenaga dan hanya mengambil empat minit untuk menyumbat gol pertama.



Kapten Irfan Fandi,  meloncat paling tinggi dalam petak penalti untuk menanduk masuk bola yang dihantar Hami – gol pertama Singapura di Sukan SEA 2019.



Namun, timbunan gol yang dijangka tidak muncul dan Singapura hanya mempunyai kelebihan gol tunggal itu di waktu rehat.



Pada separuh masa kedua, tugas Ikhsan Fandi dan rakan sepasukan mencari sasaran menjadi kurang sukar selepas  pemain Brunei Haniff Farhan Azman menerima kad kuning kedua – kerana mengasari Zulqarnaen Suzliman – dan dibuang padang pada minit ke-48.



Dengan kelebihan satu pemain, Singapura mula mengasak pertahanan Brunei dan meraih gol kedua melalui Ikhsan pada minit ke-68.



Empat minit kemudian, Saifullah Akbar menambah derita Brunei menyumbat gol ketiga Singapura.



Dua gol daripada Faris Ramli dalam tempoh tiga minit, pada minit ke-84 dan ke-87, memperluaskan jurang gol kepada 5-0.



Sebelum gol ini, Faris memiliki enam peluang jaringan terbuka dalam perlawanan.



Singa Muda, yang mungkin didorong kritikan penyokong, terus mengasak sehingga penghujung perlawanan dan Ikhsan, 20 tahun, berjaya menyumbat dua lagi gol bagi menjaringkan hatrik.



Kemenangan ke atas Brunei itu menempatkan Singapura di tangga keempat dalam Kumpulan B, dengan juara Vietnam dan naib juara Indonesia mara ke separuh akhir.



Juara bertahan, Thailand, yang menduduki tempat ketiga juga tersingkir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >