SRIKANDI bola sepak negara tewas 0-3 dalam perlawanan pembukaan Sukan SEA Kumpulan B mereka menetang Thailand di Stadium Cam Pha malam tadi.

Dalam penampilan pertama mereka di temasya itu sejak 2003, anak buah Stephen Ng tidak dapat bertahan dengan serangan Thailand sejak permulaan perlawanan itu.

Seawal minit ke-7, penyerang Kanyanat berjaya menanduk masukkan gol pertama Thai ke dalam gawang Singa.

Tidak lama kemudian, pemain tengah Nutwadee menjaringkan gol kedua Thai apabila rembatan cantik beliau dari luar kotak penalti berjaya melepasi penjaga gawang Noor Kusumawati pada minit ke-17.

Gol ketiga Thailand dihasilkan oleh pemain sayap Chatchawan menerusi percubaanya di dalam kotak penalti pada minit ke-21.

Singapura bakal beraksi menentang Laos Jumaat ini (13 Mei) dan Myanmar pada Ahad ini (15 Mei).