Topik diikuti
Pergi ke BHkuSukan SEA: Starcraft II raih pingat perak untuk Singapura
Sukan SEA: Starcraft II raih pingat perak untuk Singapura
Sukan SEA: Starcraft II raih pingat perak untuk Singapura
Thomas Kopankiewicz meraih pingat perak dalam Starcraft II (PC) di Pusat Terbang ke-5 Filoil di San Juan hari ini. - Foto MARK CHEONG -
Dec 10, 2019 | 2:25 PM
MANILA - Atlit negara Thomas Kopankiewicz meraih pingat perak pertama Singapura dalam e-sukan hari ini (10 Disember).
Ini selepas Kopankiewicz, 23 tahun, tewas 4-1 kepada pesaing tuan rumah Caviar Acampado dalam perlawanan akhir Starcraft II (PC) di Pusat Terbang ke-5 Filoil di San Juan.
Singapura telah meraih dua pingat dalam e-sukan - yang membuat penampilan sulungnya di Sukan SEA ini.
Rakan senegara Chew Khai Kiat memenangi pingat gangsa dalam permainan Hearthstone (PC) Jumaat lalu.
