Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Tumpul tanpa taring, Singa Muda tewas 0-2 kepada Indonesia

Nov 28, 2019 | 10:27 PM



 



 



SETELAH seri 0-0 dalam perlawanan pembukaan, Fandi Ahmad menggesa anak buahnya menunjukkan ‘taring’ mereka yang sebenar dalam perlawanan menentang Indonesia.



Namun, respons positif itu gagal diperolehi beliau malam ini (28 November).



Sebaliknya, pasukan negara mempamerkan persembahan hambar, tumpul di barisan serangan, lalai di benteng pertahanan.



Meskipun menunjukkan persembahan lebih baik dalam perlawanan kedua kempen Sukan SEA mereka, Singapura kecundang di tangan lawan kuat Indonesia 0-2 di Stadium Memorial Rizal.



Perlawanan ini menyaksikan Fandi menyusun formasi berbeza dengan membariskan empat pemain pertahanan di bahagian belakang.



Ini berbanding susunan tiga pemain bek tengah yang disokong bek kiri dan bek kanan yang mengancam sayap dalam perlawanan menentang Laos Selasa lalu.



Faris Ramli memulakan perlawanan mengambil posisi tengah serangan dibantu Ikhsan Fandi di sayap kiri dan Naqiuddin Eunos di sayap kanan.



Kedua-dua pasukan mempunyai beberapa peluang jaringan dalam separuh pertama namun gagal bersikap klinikal di depan gawang.



Percubaan terbaik Singa Muda timbul pada minit ke-17 apabila tendangan bebas cantik pemain bek tengah Lionel Tan nyaris masuk gawang lawan.



Namun, ia berjaya diselamatkan penjaga gol Indonesia Arga Winata.



Indonesia cuba mengancam dengan gaya permainan ‘counter attacking’ tetapi benteng pertahanan Singapura berdiri teguh sehingga tamat separuh pertama.



Separuh kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mencari gol kemenangan.



Garuda Muda diberikan peluang jaringan baik pada minit ke-52 namun penjaga gol Singapura Zharfan Rohaizad cemerlang menghalang rembatan pemain Indonesia daripada membolosi gawangnya.



Ancaman Indonesia membuahkan hasil pada minit ke-64 apabila kesilapan Irfan Fandi di belakang dimanfaatkan Osvaldo Haay untuk meledakan gol pertama perlawanan.



Jaringan pemain midfield Indonesia Asnawi Bahar 10 minit kemudian menambah derita Singapura, meletakkan Indonesia di kedudukan selesa 2-0.



Singapura cuba menjaringkan gol pertama mereka dalam temasya sukan ini tetapi terpaksa pulang dengan tangan kosong. 



Perlawanan yang dihadiri 840 orang - kebanyakannya terdiri daripada penyokong Indonesia - memberikan Singapura kekalahan pertama mereka di Filipina.



Singa Muda bakal menentang juara bertahan Thailand seterusnya di Stadium Bola Sepak Binan di Binan, Ahad ini (1 Disember). 



Thailand membenam Brunei 7-0 awal hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >