Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: Wira emas Iqbal, pesilat lain disambut meriah setibanya di Changi

May 13, 2022 | 07:09 PM



WIRA negara di Sukan SEA Muhammad Iqbal Abdul Rahman dan rakan pesilat negara yang telah menamatkan pertandingan di Vietnam disambut dengan meriah sekembalinya ke Singapura pada petang 13 Mei.



Turut menyambut kepulangan beliau di Lapangan Terbang Changi  ialah kededua ibu bapanya Yang Che Omar dan Abdul Rahman  Abdul Wahid.



Iqbal, 28 tahun, kelmarin, merampas tajuk berita selepas memenangi pingat emas pertama negara di Sukan SEA, apabila beliau menjuarai acara seni tunggal putera di gelanggang silat Gimnasium Bac Tu Liem dekat Hanoi, Vietnam.



Pingat emas itu mengakhiri penantian lebih sedekad bagi Iqbal, yang telah mewakili negara di enam Sukan SEA, termasuk edisi tahun ini.



Sebelum ini, beliau telah memenangi pingat perak di Filipina pada 2019 dan pingat gangsa pada 2015, apabila Singapura menjadi hos.



Bercakap dengan Berita Harian selepas pingat terkalung di lehernya, Iqbal berkata beliau tidak menetapkan sebarang sasaran pingat bagi tahun ini, tetapi sekadar menanam azam untuk beraksi dengan sepenuh hatinya. 



Pingat emas itu melengkapkan koleksi cemerlang Iqbal yang juga merupakan juara dunia 2018 dan sudah empat kali menjuarai Kejohanan Pencak Silat Asia.



Turut pulang ke Singapura pada 13 Mei ialah pemenang pingat perak dalam acara seni ganda putera, pasangan adik-beradik Muhammad Haziq Mohd Zaque dan Muhammad Hazim Mohd Zaque



Mereka ditemani pesilat lain iaitu  Muhammadinil Mustafar Mohd Isa, Muhammad Nazrul Mohd Kamal, Siti Nazurah Mohd Yusoff, Nur Azlyana Ismail, Sharifah Shazza Samsuri, Amirah Sahrin, Nur Ashikin Zulkifli dan Iffah Batrisyia Noh.



Dalam pada itu, acara silat kini diteruskan di Hanoi di gelanggang tanding.



Buat masa ini, pesilat negara telah memenangi empat pingat bagi negara.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >