Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan SEA: 'Wonderkid' Hazim muncul juara, silat S'pura capai sasaran dua emas

Dec 05, 2019 | 12:08 PM



 



 



SUBIC - Singapura mengakhiri pertandingan silat dengan cemerlang meraih pingat emas keduanya di Sukan SEA ke-30.



Perwira negara Muhammad Hazim Mohd Yusli menewaskan pesaing dari Vietnam Nguyen Dinh Tuan 4-1 untuk menggenggam pingat emas dalam acara tanding kelas 'B' putera di Pusat Pameran dan Konvensyen Subic Bay di Subic tengahari ini (5 Disember).



Ini merupakan pingat pertama bagi Hazim, 17 tahun, yang juga mendapat gelaran ‘wonderkid’, dalam penampilan sulungnya di temasya sukan ini.



Singapura kini telah membolot lima pingat - dua pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat perak - daripada lapan acara yang disertai.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi), Sheikh Alau’ddin Yacoob Marican, sebelum ini meletakkan sasaran untuk meraih dua pingat emas di Filipina.



Perlawanan akhir acara tanding yang sepatutnya dijadual esok (6 Disember) telah dibawa kepada hari ini oleh pihak penganjur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >