Topik diikuti
Pergi ke BHkuPenerima dermasiswa teruja dapat bantuan untuk terus cemerlang
Penerima dermasiswa teruja dapat bantuan untuk terus cemerlang
Penerima dermasiswa teruja dapat bantuan untuk terus cemerlang
TERUJA DAPAT SOKONGAN: Diroy (kiri) dan Syafiqa, bergambar bersama dermasiswa masing-masing yang diberi Haw Par Corporation, mengongsi perasaan gembira kerana ada juga yang ingin membantu atlit kurang upaya untuk terus maju dalam sukan masing-masing. - Foto BH oleh DESMOND WEE -
Oct 30, 2018 | 5:30 AM
MAJLIS Sukan Golongan Kurang Upaya Singapura (SDSC) telah melancarkan buat julung kalinya Anugerah Dermasiswa Para Sukan Haw Par untuk merangsang perkembangan sukan golongan kurang upaya tempatan.
Acara itu, yang diadakan baru-baru ini di Institut Sukan Belia Kebangsaan (NYSI), telah dihadiri tetamu terhormat, Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, dan Ketua Pegawai Eksekutif Haw Par Corporation, Encik Wee Ee Lim.