Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FAS baharu' fokus bina projek jejak Piala Dunia 2034

Apr 30, 2021 | 5:30 AM
TEKAD LUASKAN KUASA BOLA SEPAK S'PURA: Majlis baru FAS bagi tempoh 2021 hingga 2025. (Duduk dari kiri) Naib Presiden Ben Teng, Timbalan Presiden Bernard Tan, Presiden Lim Kia Tong, Setiausaha Agung Yazeen Buhari, Naib Presiden S. Thavaneson, Naib Presiden Teo Hock Seng, Naib Presiden Razali Saad dan (berdiri dari kiri) Anggota-Anggota Majlis: Zaki Ma'arof, Dr Dinesh Nair, Darwin Jalil, Julie Teo, Lim Tong Hai, Lionel Lewis, Harman Ali, Goh Tat Chuan dan Rizal Rasudin di pemilihan Kongres Luar Biasa FAS 2021 di Orchard Hotel, kelmarin. - Foto Bh oleh CHONG JUN LIANG
TEKAD LUASKAN KUASA BOLA SEPAK S'PURA: Majlis baru FAS bagi tempoh 2021 hingga 2025. (Duduk dari kiri) Naib Presiden Ben Teng, Timbalan Presiden Bernard Tan, Presiden Lim Kia Tong, Setiausaha Agung Yazeen Buhari, Naib Presiden S. Thavaneson, Naib Presiden Teo Hock Seng, Naib Presiden Razali Saad dan (berdiri dari kiri) Anggota-Anggota Majlis: Zaki Ma'arof, Dr Dinesh Nair, Darwin Jalil, Julie Teo, Lim Tong Hai, Lionel Lewis, Harman Ali, Goh Tat Chuan dan Rizal Rasudin di pemilihan Kongres Luar Biasa FAS 2021 di Orchard Hotel, kelmarin. - Foto Bh oleh CHONG JUN LIANG -

SETELAH kembali tanpa ditandingi sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) bagi empat tahun mendatang kelmarin, tugas Lim Kia Tong seterusnya dan pasukannya adalah untuk membina projek nasional 'Unleash the Roar!'.

Pasukan itu meletakkan matlamat untuk membangun satu sistem berstruktur yang memastikan aliran bakat terbaik yang berterusan untuk menjadikan Singapura negara bola sepak hebat di Asia Tenggara pada akhir tempoh mereka.

Peguam berusia 68 tahun itu berkata: "Mesti ada keinginan semula jadi untuk menang di setiap kejohanan serantau yang kami sertai. Kami mahu terus mempertingkatkan diri dan memastikan apa sahaja kejayaan yang kami capai, ia tidak hanya sekali tetapi berterusan.

"Untuk melakukannya, kami akan memperbaiki setiap laluan sehingga kami mempunyai sebuah sistem berstruktur dengan aliran pemain hebat yang berterusan."

Turut dilantik semula ialah timbalan presiden Bernard Tan, naib presiden S. Thavaneson, Teo Hock Seng dan Razali Sa'ad.

Muka baru dalam jawatankuasa eksekutif ialah mantan pengerusi Geylang International Ben Teng.

Juga dalam pasukan Lim, Team LKT, seramai sembilan anggota adalah Dr Dinesh Nair dan mantan pemain Singapura Lionel Lewis dan Goh Tat Chuan, yang telah lulus pemeriksaan kelayakan dan integriti awal bulan ini.

Sebagai satu-satunya calon wanita, Julie Teo juga menyertai majlis itu kerana perlembagaan FAS menyatakan bahawa mesti ada sekurang-kurangnya seorang anggota majlis wanita.

Baki anggota dalam majlis FAS seramai 15 orang itu dipilih daripada tujuh calon di Kongres Luar Biasa FAS di Orchard Hotel kelmarin.

Setelah memperoleh majoriti mudah (simple majority) sekurang-kurangnya 19 undian selepas satu pusingan membuang undi oleh 36 ahli biasa yang hadir, Harman Ali (21 undian), Lim Tong Hai (30), Darwin Jalil (24), Rizal Rasudin (23) dan Zaki Ma'arof (23) dilantik.

Ashley Arriola (lapan undian) dan Romzi Damiri (sembilan) tidak terpilih.

Harman, pengurus operasi kanan di syarikat khidmat pengurusan kemudahan bersepadu, dan Zaki, usahawan dan presiden kelab divisyen 2 SFL Kaki Bukit SC, merupakan muka baru menggalas jawatan itu.

Mengulas kemenangannya, Harman, 50 tahun, memberitahu Berita Harian kelmarin:

"Saya masih belum terima hakikat yang saya menang. Perjalanan sejak (pemilihan 2017) hingga sekarang penuh peristiwa.

"Pembangunan belia adalah tunggak dalam perkara yang saya ingin bawa ke dalam majlis. Saya pasti mereka sudah ada rancangannya jadi ia tentang bagaimana kami boleh melengkapi satu sama lain dan saya yakin ia akan menjadi baik."

Harman dan Zaki adalah rakan sepasukan dalam pasukan Game Changers, yang diketuai pengerusi Hougang United, Bill Ng, pada pemilihan 2017 namun tewas kepada Team LKT.

Zaki, 57 tahun, meluahkan rasa gembira duo itu dapat menyumbang kepada bola sepak negara di tahap yang lebih tinggi.

"Sebenarnya, perjalanan ini baru sahaja bermula. Pemilihan ini tiada apa-apa. Setelah anda berada dalam majlis, anda harus menjalankan tugas dan komited berkhidmat.

"Saya harap dengan masa yang kami ada ia berhasil dan kami dapat menjalankan program yang dirancang FAS dengan baik."

Majlis baru FAS itu akan ditugaskan mengemudikan rancangan pemerintah 'Unleash the Roar!' untuk menaikkan taraf bola sepak Singapura dengan sasaran membawa pasukan nasional ke Piala Dunia 2034.

MUKA BARU ANGGOTA MAJLIS FAS

SEMOGA DAPAT JALANKAN PROGRAM DENGAN BAIK

"Sebenarnya, perjalanan ini baru sahaja bermula. Pemilihan ini tiada apa-apa. Setelah anda berada dalam majlis, anda harus menjalankan tugas dan komited berkhidmat.

"Saya harap dengan masa yang kami ada ia berhasil dan kami dapat menjalankan program yang dirancang FAS dengan baik." - Zaki Ma'arof

PEMBANGUNAN BELIA TUNGGAK UTAMA

"Pembangunan belia adalah tunggak dalam perkara yang saya ingin bawa ke dalam majlis. Saya pasti mereka sudah ada rancangannya jadi ia tentang bagaimana kami boleh melengkapi satu sama lain dan saya yakin ia akan menjadi baik." - Harman Ali

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg