Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERLAWANAN BESAR II: LIGA PERDANA ENGLAND - MAN CITY LWN ARSENAL

Sukar lihat Arsenal dapat saingi Man City

Nov 05, 2017 | 05:30 AM



LONDON: Segar daripada kejayaan menjamin tempat ke pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 4-2 ke atas Napoli di Italy pada pertengahan minggu, skuad berbilang bintang Manchester City mengalihkan perhatiannya ke liga domestik hari ini.



Pasukan pimpinan Pep Guardiola yang berada di takhta Liga Perdana - City satu-satunya pasukan yang belum kalah dalam 10 perlawanan awal liga - menerima kedatangan Arsenal di Stadium Etihad hari ini (10.15 malam ini waktu Singapura).



Dengan tahap keyakinan berada tinggi melambung di kalangan pemain City, kemungkinan melihat pasukan pelawat kendalian Arsene Wenger mencatatkan kejutan dan menjadi pasukan pertama untuk mencatatkan kemenangan ke atas City musim ini mungkin tipis sekali.



Namun, Wenger boleh menarik perhatian kepada statistik pertemuan lalu dengan City bagi menyemarakkan semangat juang pasukannya.



Arsenal mempunyai rekod lebih baik berbanding City dalam 40 pertemuan sebelumnya dengan muncul pemenang sebanyak 23 kali.



Namun City musim ini tidak seperti City yang teragak-agak dan masih menyesuaikan diri dengan taktik permainan Guardiola musim lalu.



Musim ini, City berjaya 'menggulingkan' setiap pasukan yang berada di hadapan mereka - termasuk membelasah Liverpool 5-0 dan menewaskan Chelsea 1-0.



Dan dengan bintang penyerangnya, Sergio Aguero, dirangsang kejayaan menempatkan namanya dalam buku rekod City sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah kelab itu, segala petanda menunjukkan satu lagi kemenangan City hari ini.



Ia cabaran terbesar Wenger dan anak didiknya musim ini dan jika mereka mahu dianggap antara pesaing serius bagi merebut trofi kejuaraan musim ini, Arsenal perlu 'lulus' ujian getir ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >