Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukar lihat pasukan Asia, Afrika orak langkah sejauh separuh akhir...

Beberapa jurulatih bola sepak setempat setempat puji Jepun, Senegal yang pikul tugas berat jika mara ke pusingan kalah mati
Jun 23, 2018 | 05:30 AM



PERMULAAN cemerlang dua pasukan kerdil - Jepun yang mewakili Asia dan Senegal dari Afrika - di Piala Dunia Russia ini mengujakan beberapa jurulatih bola sepak setempat yang dihubungi Berita Harian (BH) semalam.



Namun, apabila ditanya jika kededua pasukan memiliki 'senjata' yang secukupnya untuk mara jauh dalam kejohanan ini - mungkin sehingga separuh akhir seperti yang dilakukan Korea Selatan di Piala Dunia 2002 - mereka bagaimanapun tidak begitu yakin.



"Saya fikir di kalangan wakil Asia, laluan Jepun adalah yang paling cerah tetapi tugas mereka belum lagi selesai... satu kemenangan tidak akan bermakna bagi Samurai Blue jika mereka kalah dua perlawanan berikut mereka," ujar bekas pemain nasional dan bekas jurulatih Tanjong Pagar dalam Liga-S tidak lama dulu, Tohari Paijan.



"Senegal turut berada dalam kumpulan sama dengan Jepun dan kalau boleh saya mahu melihat kededuanya mara tetapi mungkin langkah mereka setakat di pusingan 16 pasukan terakhir.



"Bagi saya pasukan perlu memiliki skuad seimbang serta pengalaman untuk mengorak langkah lebih jauh... sebab itulah pasukan seperti Belgium, Portugal, Sepanyol, Brazil dan Mexico yang selalunya mengisi tempat-tempat di suku akhir dan selanjutnya.



"Sukar melihat Jepun atau Senegal atau mana-mana pasukan Asia dan Afrika lain yang akan dapat melayakkan diri sejauh ke separuh akhir di Piala Dunia ini," jelas Tohari, 60 tahun.



Jurulatih Home United yang beraksi dalam Liga Perdana Singapura (SPL) kini, Aidil Sharin Sahak, turut tertarik dengan kualiti yang dipamerkan beberapa pasukan Asia dan Afrika.



"Mereka mempunyai pemain-pemain yang berpengalaman yang beraksi setiap minggu dalam liga utama Eropah, jadi mereka dapat memberikan saingan kepada pasukan Eropah dan Amerika Selatan lain," ujar Aidil, 41 tahun.



"Lihat sahaja Jepun... setiap pemain berada di tahap kecergasan yang baik sekali. Ini membolehkan mereka bertahan dan menyerang sebagai satu pasukan terutama semasa menguasai hampir keseluruhan babak kedua pertarungan ketika menentang Colombia.



"Untuk melihat pasukan dari Asia atau Afrika terus menggegarkan Piala Dunia ini mungkin agak sukar. Pasukan seperti Korea Selatan dan Australia pula berada dalam kumpulan yang sukar.



"Tetapi kata orang, apa jua boleh berlaku dalam bola sepak... dengan kemenangan ke atas Colombia akan memberikan Jepun momentum untuk terus mencatatkan kejutan.



"Bagi saya, Senegal, jika terus menunjukkan semangat juang tinggi, mungkin mempunyai peluang paling baik untuk melangkah jauh berbanding pasukan-pasukan lain dari Afrika atau Asia," tambah Aidil.



Bagi bekas penjaga gawang nasional, Yakob Hashim, 57 tahun, pula berpendapat:



"Bagi saya Piala Dunia di Russia sejauh ini menunjukkan pasukan-pasukan dari Asia dan Afrika semakin matang. Mereka mempunyai ramai pemain yang beraksi dalam liga luar negeri, justeru lebih berani dan bersedia berhadapan pasukan handalan lain.



"Mereka juga kini tidak mudah dibelasah... sebuah pasukan yang menarik perhatian saya ialah Maghribi terutama menyaksikan taktik permainan ala tiki-taka mereka... malangnya menerima padah kerana gagal menjaringkan gol.



"Yang terbaik sejauh ini tentunya Jepun dan Senegal tetapi mereka memikul cabaran sukar mara ke pusingan kalah mati.



"Ini kerana beberapa pasukan dark horse (bukan pilihan) lain seperti tuan rumah Russia dan Croatia mempunyai momentum untuk terus mencatatkan kejutan," jelasnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >