Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FINAL PIALA CARABAO EFL: DEBARAN cuba menang trofi pertama

Sukar, tapi Howe ada strategi gugat lawan

Feb 26, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Manchester United akan melangkah ke perlawanan akhir Piala Carabao sebagai pasukan favorit, dengan skuad Erik ten Hag kini lapan mata dan dua tangga di atas Newcastle United dalam Liga Perdana England.



Namun, Newcastle mempunyai sebab tersendiri untuk berasa yakin bahawa mereka dapat mengatasi Manchester United dalam penampilan perlawanan akhir kejohanan besar mereka yang pertama dalam tempoh lebih 24 tahun.



Kekurangan kejayaan Newcastle dalam beberapa dekad lalu amat ketara.



Mereka tidak pernah menjulang trofi domestik utama sejak Piala FA 1955. Dan penampilan perlawanan akhir terakhir mereka muncul dalam pertandingan yang sama pada 1999.



Magpies kali terakhir bergelar juara dalam Piala Fairs 1969.



Bagaimanapun, Newcastle menyaksikan era baru di bawah Eddie Howe musim ini, dengan harapan sejarah baru juga bakal tercipta di Wembley pada Ahad.



Howe, yang dilantik menggantikan Steve Bruce pada November 2021, telah mengubah Newcastle daripada pasukan pasif kepada salah satu pasukan 'pressing' paling berkesan dalam Liga Perdana.



Magpies kerap menyusun sistem 4-3-3 yang cepat berubah menjadi 4-5-1, dengan Joelinton dan Miguel Almiron menjejaki pemain sayap lawan.



Mereka menekan lawan tinggi dan secara intensif dari bahagian hadapan, dengan jarak yang ketat antara setiap barisan.



Anak didik Howe memburu lawan yang memiliki bola dalam kumpulan, memaksa mereka untuk membuat kesilapan dan 'hilang bola' di bahagian pertahanan mereka.



Dan ia tidak mengejutkan sekiranya Newcastle menggunakan strategi sama dalam perlawanan akhir Piala Carabao menentang Red Devils, yang akan tanpa Christian Eriksen, pemain terbaik untuk membuat hantaran dan paling terbaik untuk menahan gaya permainan 'pressing', dan mempunyai David de Gea, penjaga gol yang terdedah kepada membuat kesilapan apabila dipaksa bermain daripada bahagian pertahanannya.



Jenama bola sepak Newcastle yang 'high-pressing, high-intensity' mendorong mereka mencatat rekod kelab 17 perlawanan tanpa kalah dalam liga, yang telah menjadi asas untuk musim yang berjaya di Tyneside.



Namun, kemerosotan prestasi kebelakangan ini sejak tahun baru telah mengecewakan beberapa penyokong. Lima seri daripada enam perlawanan terakhir mereka telah menyekat Newcastle daripada memanfaatkan kemerosotan (kehilangan mata) beberapa kesilapan pesaing tempat empat teratas.



Di sebalik pencapaian penting mereka musim ini, mereka kini kurang tajam merebut peluang jaringan di depan gawang. Lebih-lebih lagi, mereka kelihatan letih dan tidak bersemangat dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.



Meskipun itu, Newcastle mempunyai kelebihan menjelang perlawanan akhir Piala Carabao. Tiga hari sebelum aksi di Wembley itu, Manchester United akan menentang Barcelona di Old Trafford untuk mendapatkan tempat ke suku akhir. Dan memandangkan prestasi hebat Barcelona, ia dijangka menjadi saingan yang sengit dan melelahkan.



Bruno Guimaraes juga akan kembali beraksi untuk Newcastle selepas selesai menjalani penggantungan tiga perlawanannya.



Bagaimanapun, Newcastle akan perlu bermain tanpa penjaga gol Nick Pope yang digantung selepas dilayangkan kad merah dalam kekalahan liga 0-2 kepada Liverpool.



Penjaga gol pilihan keempat, Loris Karius, akan menggantikan kekosongan itu dengan Howe menggesa warga Jerman itu "memulakan semula kisah kerjayanya" dalam penampilan sulungnya untuk Newcastle. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >