Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MALAM MENGHARGAI JURULATIH

Sumbangan 105 jurulatih diiktiraf

Nov 25, 2017 | 05:30 AM



SERAMAI 105 jurulatih setempat mendapat pengiktirafan dalam majlis 'Malam Menghargai Jurulatih' yang julung-julung kali diadakan kelmarin atas peranan dan sumbangan mereka ke arah pencapaian cemerlang atlit negara di Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para Asia (APG) Ke-9 baru-baru ini.



Dianjurkan CoachSG - akademi untuk jurulatih semua peringkat yang diasaskan agensi sukan setempat Sport Singapore (SportSG) - majlis penghargaan itu menyaksikan kesemua ketua jurulatih Team Singapore yang atlit masing-masing memenangi pingat di kededua temasya sukan serantau itu dihadiahkan pingat khas sebagai mengiktiraf peranan yang mereka mainkan.



Kejayaan cemerlang Team Singapore - yang memenangi 188 pingat (57 emas, 58 perak dan 73 gangsa) di Sukan SEA dan 50 pingat (9 emas, 17 perak dan 24 gangsa) di APG - adalah pencapaian terbaik atlit negara dalam temasya di luar negara.



Inisiatif bagi mengiktiraf sumbangan ketua jurulatih di kejohanan besar telah diumumkan semasa pelancaran CoachSG pada Mei lalu.



Mengulas, pengarah CoachSG, Troy Engle, berkata:



"Dalam pertemuan kami dengan para jurulatih sebelum pembentukan CoachSG, jelas bahawa jurulatih-jurulatih ini yang begitu dihargai atlit mereka tidak diberi penghargaan sewajarnya kerana sebahagian besar tugas mereka dilakukan di belakang tabir.



"Sebagai mewakili CoachSG, kami ingin mengucapkan tahniah dan memuji jurulatih Team Singapore yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan atlit mereka mengukir rekod pencapaian bagi Singapura."



Antara atlit negara yang mengiktiraf sumbangan besar yang dimainkan jurulatihnya ialah juara tenis meja negara di APG, Jason Chee.



Chee, yang mengatasi segala rintangan peribadi untuk memenangi pingat emas individu tenis meja temasya di Kuala Lumpur, akur peranan besar yang dimainkan jurulatihnya, Chia Chong Boon.



"Anda memerlukan banyak tenaga dan ketabahan untuk melatih saya, daripada membantu saya meningkatkan permainan dengan menggunakan tangan kanan saya yang lebih lemah kepada terus memberi tunjuk ajar agar saya dapat menjadi pemain yang lebih baik," ujar Chee.



"Coach Chia telah membimbing saya dengan baik sekali dan saya sangat berterima kasih," tambah Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >