Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sumbangan $1/2 juta oleh keluarga Tan Eng Liang

Dana bagi kembang, asah bakat atlet muda untuk jadikan SG pasukan polo air kuat di rantau ini
Mar 23, 2021 | 5:30 AM
SUMBANGAN KEPADA SUKAN NEGARA: Dr Tan Eng Liang (dua dari kiri) menyampaikan cek sumbangan $500,000 kepada Encik Edwin Tong (tengah) dan naib presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Encik Ng Ser Miang, sambil disertai dua atlet polo air Singapura, Kai Yang (kiri) dan Koh Ting Ting. - Foto YAYASAN SUKAN OLIMPIK SINGAPURA
SUMBANGAN KEPADA SUKAN NEGARA: Dr Tan Eng Liang (dua dari kiri) menyampaikan cek sumbangan $500,000 kepada Encik Edwin Tong (tengah) dan naib presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Encik Ng Ser Miang, sambil disertai dua atlet polo air Singapura, Kai Yang (kiri) dan Koh Ting Ting. - Foto YAYASAN SUKAN OLIMPIK SINGAPURA -

SELAMA 20 tahun, pada 50-an dan 60-an, atlet polo air Singapura, Dr Tan Eng Liang, bersama adik-beradiknya - mendiang Tan Eng Bock and mendiang Tan Eng Chai - serta pak cik mereka, mendiang Tan Hwee Hock, mengharumkan nama Singapura di persada antarabangsa.

Bagi meneruskan warisan mereka, keluarga tersebut menyumbang $500,000 untuk dana pembangunan sukan polo air di sini.

Dana Polo Air Yayasan Sukan Olimpik Singapura - Keluarga Tan itu akan membantu usaha mengembangkan serta mengasah bakat atlet muda untuk menjadikan Singapura sebuah pasukan kuat di rantau ini.

Dana yang dipelopori oleh Dr Tan itu dilancarkan kelmarin di Our Tampines Hub (OTH).

Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong.

"Walaupun ketika di universiti saya hanya mendapat biasiswa sebanyak $200, ia membantu saya membayar tambang bas.

"Apa jua jumlah yang anda dapat sebagai atlet kebangsaan adalah banyak, jadi (dana ini) adalah sebahagian sumbangan kecil keluarga kami untuk menyokong sukan polo air," kata Dr Tan.

"Sukan ini telah membawa saya ke Olimpik, dan saya meraih banyak manfaat bukan dengan mengharumkan nama Singapura sahaja, malah memperoleh pencapaian lain ketika beraksi untuk negara ini.

"Sukan polo air banyak mengubah hidup saya. Tanpanya dan pelajaran akademik, saya mungkin tidak berpeluang menerima biasiswa. Jadi saya amat terhutang budi kepada sukan ini."

Mengulas, Encik Tong berkata sumbangan yang diberikan oleh Dr Tan dan keluarganya selama beberapa tahun lalu kepada sukan polo air dan fraterniti sukan di Singapura sangat besar.

"Dana baru ini akan menyokong atlet polo air berbakat dan membantu mereka mencapai aspirasi sukan mereka," kata Encik Tong.

Sumbangan Dr Tan adalah antara yang terbesar oleh seorang individu bagi sukan tempatan.

Sebelum ini, jutawan Indonesia Dr Tahir, yang juga pengerusi Mayapada Group, menyumbangkan $1 juta kepada dana amanah Persatuan Tenis Meja Singapura, yang dibentuk untuk mendorong atlet tempatan Singapura mengejar impian Olimpik mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg