LONDON: Bekas pemain sayap England, Adam Johnson, telah dipecat oleh kelab Sunderland pada Khamis lalu setelah dia mengaku salah terhadap tuduhan hubungan seksual dengan seorang gadis berusia 15 tahun.
Johnson, 28 tahun, telah dijadual dibicarakan di Bradford, England, semalam atas dua lagi tuduhan hubungan seksual dengan seorang budak bawah umur yang dinafikannya.