Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sundram bakal jurulatih baru Singa?

May 13, 2016 | 09:38 AM



JURULATIH Tampines Rovers, V. Sundramoorthy, muncul sebagai calon pilihan utama bagi menjadi jurulatih pasukan bola sepak nasional Singapura, mengisi jawatan yang dikosongkan Bernd Stange dari Jerman bulan lepas.



Sundram, yang Selasa (10 Mei) lalum, memimpin Tampines ke pusingan 16 pasukan Piala Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), ditemu ramah oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) minggu lepas.



Dua pihak itu dijangka bertemu tidak lama lagi untuk memuktamadkan terma, termasuk skop dan jangkaan pekerjaan, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (13 Mei).



Sebagai respons kepada pertanyaan daripada akhbar itu, jurucakap FAS hanya berkata: "Kami sedang memuktamadkan pelantikan dan kami menjangka membuat pengumuman dalam tempoh dua minggu akan datang."



Kontrak jurulatih baru itu mungkin hanya sehingga akhir tahun ini, dengan jurulatih asing besar kemungkinan menjadi pilihan jangka panjang.



Namun, keputusan baik di Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asean pada November ini, yang Singapura telah memenangi empat kali, boleh mengubah fikiran panel pemilihan.



Selain itu, tidak jelas tentang kedudukan Fandi Ahmad, yang sekarang penolong jurulatih kebangsaan dan dilaporkan antara calon utama bagi tugas itu.



Laporan pada Mac lalu berkata beliau bersedia meninggalkan FAS walaupun difahamkan beliau telah diinterviu bagi tugas jurulatih kebangsaan.



Sundaram, yang pernah melahirkan keinginan melatih pasukan negara satu hari kelak, berkata beliau sedang memberi tumpuan pada perlawanan Tampines menentang Home United pada Jumaat, dan enggan mengulas.



Bekas pemain kebangsaan itu membantu Stange, bersama-sama Fandi, bagi perlawanan pasukan kebangsaan sejak Jun tahun lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >