Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Switzerland menang untuk hidupkan peluang ke pusingan kalah mati

Jun 22, 2021 | 05:30 AM



BAKU: Switzerland berdepan penantian yang mendebarkan untuk melihat sama ada mereka akan melayakkan diri ke pusingan kelompok 16 Euro 2020 selepas dua gol mantap Xherdan Shaqiri membantu mereka menjamin tempat ketiga dalam Kumpulan A kelmarin, melakar kemenangan 3-1 ke atas pasukan Turkey yang hambar, tersingkir daripada kejohanan ekoran satu lagi kekalahan.



Switzerland, yang selesai pusingan kumpulan mengutip empat mata sama dengan Wales tetapi ketinggalan akibat perbezaan gol, akan harap dapat menempah tempat dalam pusingan kalah mati sebagai salah satu daripada empat pasukan tempat ketiga terbaik kejohanan.



Terdapat enam pasukan yang akan bertarung bagi empat tempat itu.



Switzerland seri dalam aksi pembukaan menentang Wales sebelum tewas 0-3 kepada Italy.



"Ia penting untuk bermain sebagai satu pasukan dan itu yang kami lakukan," kata Shaqiri.



"Saya bangga dengan pasukan ini yang menunjukkan prestasi sangat baik. Kami akan menunggu keputusan daripada pasukan lain. Perkara paling penting hari ini kami menang dan kini kami akan tunggu."



Pada pertemuan dengan Turkey itu, Shaqiri meledak dua gol selain satu gol pembukaan daripada Haris Seferovic.



Pemain tengah Liverpool itu kini merekodkan 25 gol buat negaranya selepas hanya bermain 22 perlawanan di peringkat kelab musim lalu.



"Gol pertama menerusi kaki kanan saya adalah sangat baik. Kami bermain sebagai satu pasukan dan itu adalah penting berdepan pasukan seperti Turkey. Kami sedar jika kami bermain dengan baik, kami mampu mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol berdepan pasukan ini," katanya.



Turkey, yang mengakhiri di tempat keempat dengan tiga kekalahan, telah disebut sebagai pasukan yang dijangka membuat kejutan tetapi sebaliknya akan pulang ke tanah air selepas kempen yang mengecewakan yang menyaksikan mereka tewas ketiga-tiga perlawanan, membolos lapan gol dan menjaringkan hanya satu gol.



"Apabila harapan tinggi, kekecewaannya akan lebih besar...Saya minta maaf kepada negara kita. Saya percaya rakan saya, kami telah banyak belajar daripada pengalaman ini," kata pemain pertahanan Merih Demiral kepada Turkish TV. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >