Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUKAN ASEAN PARA 2022

Syahidah kekal ratu memanah Asean

Aug 05, 2022 | 05:30 AM



NUR Syahidah Alim memperkukuh gelarannya sebagai ratu memanah para setelah berjaya mempertahankan emasnya dalam Sukan Asean Para 2022 di Solo, Indonesia semalam.



Atlet Singapura berusia 36 tahun itu menewaskan Praphaporn Homjanthuek dari Thailand 144-135 pada aksi akhir acara kompaun perseorangan wanita di Stadium Kota Barat.



Syahidah, yang dinobat juara dunia dan pemanah para nombor satu bagi acaranya pada 2019, adalah pilihan utama untuk menjuarai pertandingan di Solo itu. Malah, dalam perlawanan lima set pagi semalam, beliau mendahului saingan dari awal hingga akhir.



"Perlawanan hari ini mencabar buat saya disebabkan cuaca panas dan angin kuat. Tapi, dengan bimbingan, saya hanya fokus pada apa yang harus saya laksana di garisan memanah.



"Saya rasa gembira semua usaha ini berhasil dan saya dapat membawa pulang pingat emas untuk Singapura," kata Syahidah.



Ia kemenangan ketiga berturut-turut bagi Syahidah, yang kini menghuni ranking keempat dunia.



Beliau menang emas dalam acara sama pada Sukan Para Asean 2015 dan 2017 dan acara pasukan campuran pada 2015. Edisi 2019 Sukan Para Asean dibatalkan dek Covid-19.



Syahidah menyifatkan kemenangannya semalam sebagai lebih istimewa kerana dicapai selepas menunggu lima tahun untuk kembali menjejakkan kaki di podium temasya sukan serantau itu.



"Rasanya istimewa sebab kali terakhir kami dapat berentap dalam Sukan Para Asean ialah di Kuala Lumpur (pada 2017). Hebat rasanya dapat kembali bertanding menentang pemanah lain dan mendengar sorakan penyokong," ujarnya.



Syahidah seterusnya akan pulang untuk beraksi dalam kejohanan Memanah Terbuka Singapura namun beliau enggan berkongsi rancangannya selepas pertandingan itu.



Sehingga akhbar ini dicetak malam tadi, Singapura sudah menggondol lima emas dalam edisi Sukan Asean Para kali ini.



Empat lagi emas itu dimenangi perenang Sophie Soon, Colin Soon serta Wong Zhi Wei, dan Muhammad Diroy Nordin dalam lontar peluru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >