Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TINJU

Tahun baru, jurulatih baru bagi Ridhwan

Jaguh profesional S'pura juga akan berlatih dua bulan di Filipina sebagai persiapan hadapi pertarungan 'Silver' WBA menentang petinju Namibia pada 29 Mac
Jan 06, 2019 | 05:30 AM



TIBA sudah tahun baru dan bagi jaguh tinju profesional Singapura, Muhamad Ridhwan Ahmad, ia juga bermakna mengambil pendekatan baru.



Buat kali pertama sejak menjadi petinju profesional tiga tahun lalu, Ridhwan, 31 tahun, tidak akan mendapatkan bantuan jurulatih yang lama bersamanya, Rey Caitom Jr, bagi persiapan menghadapi pertarungan kategori 'Silver' kelas 'feather' Majlis Tinju Dunia (WBC) menentang petinju Namibia, Paulus Ambunda, yang dijadualkan berlangsung di sini pada 29 Mac ini.



Sebaliknya, jaguh petinju Singapura itu akan meluangkan masa lebih dua bulan berlatih di bawah bimbingan seorang lagi jurulatih dari Filipina, Joven Jimenez, di gim 'Survival Camp' - sebuah pusat latihan bagi para petinju di wilayah Cavite yang terletak sekitar tiga jam perjalanan melalui kereta di selatan Manila.



Gim latihan itu dikendalikan oleh juara dunia kelas 'super fly' Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF), Jerwin Ancajas, yang mendapat julukan sebagai 'pengganti Manny Pacquiao' oleh promoter sukan itu yang masyhur, Bob Arum, tidak lama dulu.



Ridhwan tewas melalui keputusan 'split' kepada Ambunda dalam pertemuan pertama mereka bagi merebut kejuaraan 'super bantam' Pertubuhan Tinju Antarabangsa (IBO) yang berlangsung di Marina Bay Sands pada September lalu - satu-satunya kekalahan yang dialaminya dalam 12 pertarungan sejauh ini.



Pertarungan ulangan ini membuka peluang kepadanya menebus kekecewaan itu dalam apa yang disifatkan sebagai pertarungan tinju terbesar bagi petinju Singapura - antara pemegang kejuaraan 'Silver' WBC sebelum ini termasuk bintang tinju Mexico, Saul 'Canelo' Alvarez, yang bertarung dalam kelas 'super welter'.



Keputusan Ridhwan mengambil pendekatan baru bagi pertarungan pertamanya tahun ini juga disebabkan keputusan Caitom, 32 tahun - yang merupakan juara tinju amatur Filipina sebanyak enam kali - mahu kembali beraksi secara kompetitif di gelanggang pada November nanti.



Bercakap kepada akhbar The Straits Times (ST), Ridhwan berkata:



"Pertukaran ini mungkin mengambil sedikit masa tetapi Rey dan saya masih mempunyai tali persahabatan yang baik.



"Malangnya kami tidak dapat mencapai apa yang dimulakan secara bersama tetapi kami berdua mempunyai matlamat masing-masing... kami adalah profesional."



Promoter Ridhwan yang juga pengasas Ringstar, Scott Farrell, pula berkata:



"Joven akan bertindak sebagai ketua jurulatih dan berada di sudut (gelanggang) Ridhwan bagi pertarungannya nanti kerana kami memerlukan pengalamannya untuk membawa Ridhwan ke tahap lebih tinggi."



Sebelum ini Ridhwan telah menghabiskan tempoh sekitar dua minggu di 'Survival Camp' pada November lalu, berlatih dengan beberapa petinju handalan di sana termasuk Ancajas dan petinju kelas 'minimum' Mark Barriga yang ketika itu sedang bersiap bagi pertarungan di acara yang sama yang menyaksikan pertemuan mega Deontay Wilder-Tyson Fury bulan lalu.



Petinju Singapura itu menambah bahawa beliau mempunyai keserasian yang baik dengan Jimenez dan yakin jurulatih barunya itu - serta lokasi gim latihan itu yang terletak di kawasan terpinggir - dapat membantu mencapai prestasi terbaik sebelum memasuki gelanggang bagi pertemuan dengan Ambunda nanti.



"Kehidupan di sini memang simple... macam tinggal di sebuah kampung," ujar Ridhwan.



"Kami tidak mempunyai Wi-Fi ... data telefon bimbit juga agak terhad... anda memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.



"Tetapi ia bagus bagi latihan saya... saya dapat mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang tidak penting... hanya fokus pada latihan," tambah anak sulung keluarga empat beradik ini lagi yang dijadualkan memulakan latihannya intensifnya itu pada pertengahan bulan ini.



  • Butir tiket bagi pertarungan Ridhwan-Ambunda pada 29 Mac ini dijangka diumumkan pada 14 Januari ini.


"Kehidupan di sini memang 'simple'... macam tinggal di sebuah kampung. Kami tidak mempunyai Wi-Fi ... data telefon bimbit juga agak terhad... anda memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana. Tetapi ia bagus bagi latihan saya... saya dapat mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang tidak penting... hanya fokus pada latihan."
- Jaguh tinju Singapura, Muhamad Ridhwan Ahmad, mengenai latihannya di gim 'Survival Camp' di Filipina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >